Siaran Agama TV Kita Perlu DiPuji
Akhir-akhir ini kita dapati banyak siaran berunsur Islam diterbitkan di TV. Memang kita ketahui bahawa media itu semuanya dimiliki, dikuasai atau setidak-tidaknya mempunyai kepentingan kerajaan iaitu yang dikuasai oleh Melayu UMNO ketika ini. Kita seharusnya bersyukur terhadap penerbitan berunsur Islam ini meskipun skop perbincangan dan isu-isu yang hendak disampaikan oleh para ustaz dikawal dan dihadkan. Tujuan yang tersirat disebalik penyiaran ini adalah untuk mengambil hati rakyat khasnya orang Melayu yang telah menyadari bahawa banyak isu agama diputarbelitkan oleh kerajaan . Setidak-tidaknya kita telah mula terdedah mengenai perkembangan dan pengetahuan mengenai Islam melalui media elektronik.
Tun Sheikh percaya apabila terlalu banyak siaran agama dan menampilkan tokoh-tokoh ilmuan Islam maka kita akan lebih terdedah dan dapat membuat pilihan atau menghakimi siaran mana yang terbaik atau diminati. Hal ini akan mendorong persaingan antara siaran tv untuk menerbitkan siaran agamanya yang terbaik dan secara tidak langsung segala ketelusan akan tersibar. Penonton akan dapat menambah ilmu atau pengetahuan dan akan dapat membuat perbandingan sendiri siaran yang mana yang pro kerajaan dan mengelirukan dan siaran yang mana telus mengikut kehendak agama.
Tun Sheikh tertarik untuk membincangkan trend siaran agama ini kerana seusia setengah abad ini baru ini Tun Sheikh mula berasakan kita boleh memfokus atau mengeset tv kita selama 40% waktu sehari untuk mengikuti rancangan atau siaran berkaitan agama yang diterbitkan. Ketika dahulu kita hanya didedahkan dengan forum perdana sebulan sekali dan kemudian seminggu sekali di TV. Topik ceramah pula adalah terhad sehingga isu semasa yang banyak dan diharap dapat dikupas dalam ceramah atau forum terlepas atau dilupakan begitu sahaja. Akibatnya masyarakat tidak mendapat panduan untuk keluar dari beban masalah yang dihadapi dan ia berterusan menjadi masalah social terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu.
Setelah mengikuti beberapa siaran mengenai agama seperti Tanyalah Ustad, Si Manis Kurma, Halaqah, Belajar Bahasa Arab, Imarak Ulamak, Muqadimah, Al Kulliah, Assalamualaikum dan lain-lain, Tun Sheikh yakin kita akan melahirkan ulama besar dan hebat di masa akan datang. Yang sedihnya apabila kita mendapati banyak soalan dan masalah terlalu asas sehingga menggambarkan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat kita terhadap agama secara umumnya. Jauh dibenak Tun Sheikh terutama ketika menonton rancangan yang dipimpin oleh para ustad yang masih muda-muda kita secara spontan akan mengetahui bahawa soalan yang ditanya itu sebenarnya telah disediakan dan dipilih terlebih dahulu. Ada soalan dan jawapan seolah-olah untuk menyelamatkan kerajaan dan para ustad dan akhirnya sehingga kita boleh membuat kesimpulan bahawa barisan kepimpinan Melayu UMNO amat dangkal dalam soal agama. Maka jangan hairan jika mereka seperti merapu apabila menjawab berkenaan isu agama.
Sekali lagi meskipun begitu kita mesti bersyukur kerana sudah tentu tidak semua pemimpin Melayu UMNO bebal atau buta hati terhadap agama. Hasilnya telah banyak kita nikmati siaran agama di kaca tv kita. Insyaallah walaupun mereka merancang tidak kira dengan niat yang pelbagai, kita hendaklah yakin bahawa perancangan Allah adalah terbaik. Insyaallah orang Melayu termasuk Melayu UMNO mudah-mudah akan tuhan kurniakan kefahaman terhadap agama dan memperjuangkan sehingga menjadikan Islam itu adalah cara hidup seharian kita. Ketika itu jika kita bersatu kerana Islam maka kita wajib menyertainya. Tetapi jika idea penyatuan kita masih berteraskan perkauman iaitu Melayu sehingga tidak mengutamakan agama Islam, Tun Sheikh secara peribadi tidak setuju.
Jika dibandingkan dengan siaran TV negara jiran, boleh dikatakan bahawa siaran kita adalah dalam kelompok yang berdisiplin tinggi. Namun dari sehari ke sehari kelihatan moralnya menurun kerana terlalu banyak program hiburan ditayangkan. Kebebasan bersuara dalam ertikata demokrasi masih terhad dan adalah amat menyedihkan apabila media tv kita sering disalahgunakan untuk kepentingan Melayu UMNO. Rakyat di era global ini tidak suka kepada sebarang sekatan kerana pada waktu yang sama penduduk di Negara lain menikmati permodenan. Apa yang perlu adalah makluman, nasihat dan peringatan atau panduan yang disiarkan dan diuar-uarkan kepada rakyat terhadap siaran-siaran yang tidak baik dan dilarang menontonnya. Bercakap berkenaan yang baik atau sebaliknya adalah subjektif oleh itu kerajaan tidak perlu menggunakan kuasa untuk menyekat atau menutup terus siaran.
Apa yang perlu bukanlah penahanan atau menghukum rakyat dengan menutup atau melarang siaran diterbitkan tetapi memberi pengajaran atau pendidikan berakhlak mulia supaya dengan sendirinya nanti penonton atau rakyat akan memilih mengikut kecenderungan mereka. Jika kerajaan keliru dan tidak tahu untuk memilih secara asas terhadap siaran yang baik dan sebaliknya dan tidak tahu corak pendidikan moral dan akhlak yang hendak disampaikan maka mereka boleh merujuk kepada majlis ulama yang sentiasa berusaha mengawal akhlak masyarakat. Mereka patut mengangkat kuasa ekserkutif majlis ulama kepada yang lebih tinggi lagi sehingga betul-betul berwibawa selayak kedudukannya. .
Pihak berkuasa penyiaran atau syarikat-syarikat penyiaran dan juga kerajaan mesti memegang kukuh asas-asas penyiaran yang berojektif ke rah membentuk insan mulia dan berteraskan kebajikan. Jika kerajaan melakukan penyelewengan dengan arahan penyiaran yang cuba mempengaruhi rakyat kepada perkara yang batil maka hal ini hendaklah ditentang oleh semua pihak penyiaran dan juga rakyat.
Akhir sekali marilah sama-sama kita berusaha, berharap dan berdoa semoga program-program siaran yang diterbitkan untuk tontonan rakyat bertambah baik dari hari ke sehari dari segi perisian akhlak bukan tekniknya semata-mata. Disamping itu kita hendaklah bersyukur terhadap penambahbaikan keatas siaran berkaitan agama dan kita hendaklah mengawasi agar program hiburan yang banyak melalaikan dapat dikurangkan dengan diganti dengan program atau siaran bercorak keilmuan dan maklumat berita serta maklumat untuk pengetahuan am.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Johor Bahru 27.1.2012
Pada tahun ini jika dibuat perbandingan sepintas lalu mula-mula kita disuakan dengan berita-berita perhimpunan atau muktamar PAS, kemudian PKR di Johor dan beberapa hari lepas selesai pula Perhimpunan Agong UMNO 2011 di Kuala Lumpur. Mass media yang paling sibuk memainkan peranan sama ada sebagai pemberita atau penyibuk ialah media milik atau berkepentingan UMNO dan media rakyat iaitu media kerajaan yang diperkudakan oleh UMNO kerana UMNO memegang tampuk kerajaan. Rakyat yang masih tidur tidak ambil kisah kerana menyangka kerajaan itu UMNO dan UMNO itu kerajaan hasil dari didikan salah oleh UMNO yang telah melampaui batas memberi kefahaman yang tidak tepat kepada rakyat. UMNO sebenarnya telah berjaya mengeset minda rakyat sehingga rakyat tidak dapat membezakan yang mana UMNO dan yang mana kerajaan.
Sayang sekali, orang yang terkorban atau terpaksa menanggung kerugian besar kerana polisi-polisi kerajaan UMNO ialah orang Melayu sendiri yang mengaku UMNO sebagai pemimpin dan penanung kepentingan Melayu. UMNO Melayu mengaku memperjuangkan daulah Islam , hak Melayu dan maruah Melayu. UMNO menjaganya agar berterusan menjadi tuan. UMNO mengggunakan formula kesukuan yang sama dengan MCA dan MIC menjadi tulang belakang BN memerintah negara.
B u k a n l a g i m e n j a di r a h s i a , formula menjaga kepentingan suku ini telah semakin tidak popular dan r a m a i o r a n g d a r i p a d a b a n g s a l a i n s a m a a d a C i n a a t a u I n d i a d a n s e b a g a i n y a telah b e r p a l i n g t a d a h d a n m e m b e b a s k a n d i r i d a r i dasar p a r t i k e s u k u a n ini. Mereka berasa adalah lebih menguntungkan jika tuntutan mereka dilakukan di luar parti. Ini adalah kerana budaya pemimpin atau orang yang mereka lantik kelihatan tidak memainkan peranan penting mewakili mereka menuntut sesuatu yang mereka fikirkan amat perlu. Pemimpin mereka seolah-olah bisu dan menjadi pak turut sahaja tetapi hidup dalam keadaan serba cukup, bergaya dan mewah. Tuntutan mereka pula sering diterima oleh pemimpin UMNO dan ini telah tidak menyenangkan ramai orang Melayu yang selama ini berasa telah terlalu banyak berkorban untuk bangsa lain.
O r a n g M e l a y u y a n g bersikap sabar s e l a m a i n i s e p e r t i o r a n g t i d u r a t a u s e d a n g m a b u k k e payang a t a u m a b u k l a l a t ba r u t e r a s a t e r a n c a m dan t e r s e da r bahawa b e g i t u b a n y a k b a n g s a n y a t e l a h b e r k o r b a n d e m i k e h a r m o n i a n d a n k e m a j u a n dan p e m b a n g u n a n u n t u k s e b u a h n e g a r a b a n g s a tetapi hak-hak istimewa mereka seolah-olah terancam kerana Melayu UMNO kelihatan terlalu mementingkan orang lain dari bangsa sendiri . Hal ini terjadi kerana mereka terperangkap dengan amalan budaya rasuah yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.
S e b e l u m i n i t i a d a o r a n g M e l a y u m e m p e r t i k a i k a n k e m a n a k a h kebudayaan negara bangsa t a n a h air m e r e k a hendak dibawa. Mereka yakin, mengikut d a n t e r i m a saja apa yang dikemukakan o l e h pemimpin negara yang diketuai oleh Melayu UMNO. P a d a m u l a n y a pemimpin Melayu UMNO ini ikhlas dan amanah memberi perkhidmatan d a n m e n a b u r j a s a t e t a p i l a m a - k e l a m a a n m e r e k a t e r p e r a n g k a p dengan cita-cita kepentingan pribadi untuk mendapat dan m e n g u m p u l h a b u a n kewangan dan materi. P e nen t a n g a n d a r i s e g e l i n t i r d i a n g g a p t i d a k p e n t i n g k e r a n a d a r i k e l o m p o k m i n o r i ti a t a u d i a n g g a p k u m p u l a n t e r p i n g g i r .
A k i b a t n y a p a d a h a r i i n i , maruah orang Melayu telah merosot dan tercabar hasil buah tangan Melayu UMNO. K e r u n t u h a n a k h l a k o r a n g M e l a y u s a n g a t m e m b i m b a n g k a n k e r a n a telah ada kes-kes diluar kemanusian berlaku seperti m e m b u a n g d a n m e m b u n u h b a y i d a n t i d a k a d a p e r a s a a n m a l u d a r i k a l a n g a n m u d a - m u d i k e t i k a m e l a k u k a n s e s u a t u p e r k a ra y a n g t i d a k s o p a n m e s k i p u n m e l a n g g a r a d a t b u d a y a dan s y a r i a t I s l a m . Pemimpin M e l a y u p u l a t e r u s b e r b a n g g g a m e m p e r l i h a t ka n kemewahan d i r i d a n m e n g a n g g a p ia s e b a g a i k e m a j u a n . H i d u p s e o r a n g g u r u a t a u p e n j a w a t a w a m y a n g s e d e r h an a t i d a k l a g i m e n j a d i i k u t a n a t a u p u j i a n m a h u p un p e n g h o r m a t a n b e r b a n d i n g d e n g a n o r a n g M e l a y u y a n g b e r u b a h k e r a n a m e n d a p a t r e z k i y a n g m e l i m p a h m e n e r u s i p e m b a n g u n a n N e g a r a y a n g d i b u a t o l e h kerajaan menerusi ahli-ahli politik .
Orang politik k e l i h a t a n b e g i t u b e r g a y a d a n a m a t b e r b e d a d a r i p a d a p e n g h i d u p a n l a m a m e r e k a s e b a g a i g u r u , k e r a n i a t a u a p a s a j a . M e r e k a k e l i h a t a n s e p e r t i k u m p u l a n s a u d a g a r a t a u p e n g u s a h a y a n g b e r j a y a . M e r e k a t i b a - t i b a m e n j a d i k a y a s e h i n g g a m e n j a d i i d a m a n a n a k m u d a d a n o r a n g y a n g i n g i n c e p a t k a y a d a n b e r m i m p i k a n h i d u p s e n a n g d e n g a n c a r a m u d a h . B u d a y a i n i b e r t e r u s a n d a n p a d a ha r i i n i v i r u s g a y a h i d u p o r a n g p o l i t i k d a n p e n i a g a k o r u p y a n g s e n t i a s a b e r d a m p i n g d e n g a n o r a n g p o l i t i k t e l a h m e n y i b a r k a n b u d a y a y a n g t i d a k s i h a t d a n m e n j a d i b e r t a m b a h p a r a h.
Pemimpin Melayu UMNO hari ini tidak peka dengan masalah Melayu ramai dari kelas bahawan kerana mereka datang dari budaya yang berlainan. Mereka tidak berpengalaman dengan kesusahan hidup kerana rata-rata mereka datang dari keluarga berada atau sederhana. Kebanyakan mereka p e r n a h b e l a j a r a t a u m e n g k a g u m i b u d a y a b a r a t y a n g d i a n g g a p r e n g k a s d a n m u d a h s e r t a s e d e r h a n a t e t a p i b e r k u a l iti m e n g i k u t p e r a s a a n d a n f i k i r a n m e r e k a t a n p a d a p a t m e l i h a t keburukan j a n g k a p a n j a n g y a n g d i b a w a o l e h b u d a y a k u n i n g a t a u b arat itu. Mereka tidak lagi Nampak kepentingan t a n a h r e z a b M e l a y u yang d i t u k a r k a n h a k m i l i k d a r i p a d a m i l i k M e l a y u k e p a d a p e g a n g a n b e b a s kerana mereka memntingkan keuntungan jangka pendik. M e r e k a t i d a k k i s a h t e r h a d a p k e d u d u k a n b a h a s a M e l a yu y a n g h a m p i r - h a m p i r d i p u p u s k a n a t a s k e h e n d a k pemimpin U M N O s e n d i r i m a l a h m e r e k a p e r n a h m e n c a b a r k e d a u l a t a n r a j a - r a j a M e l a y u d e n g a n m e n g h i l a n g k a n kekebalan sultan-sultan. M e l a y u p u n t i d a k t a h u b a h a w a s u r a t k h a b a r M e l a y u d i p a s a r a n h a n y a b e r j u m l a h 6 d a n i t u p u n t i d a k b e b a s d a n d i k a w a l k e t a t o l e h M e l a y u U M N O b e r b a n d i n g s u r a t k h a b a r b e r b a h a s a C i n a d a n I n d i a y a n g m a s i n g - m a s i n g l e b i h d a r i 1 2 p e n e r b i t a n s e h a r i .
B a g i o r a n g M e l a y u , U M N O a d a l a h s e g a l a - g a l a n y a s e b a g a i p r o k s i a t a u p e m e g a n g a m a n a h b a n g s a M e l a y u. Kini segala harapan untuk menjaga kepentingan Melayu tidak lagi boleh dipikulkan kepada Melayu UMNO kerana mereka telah pecah amanah dan merosakkan Melayu sendiri. Telah sampai masanya kita menolak mereka kecuali jika mereka segera membuang sikap sombong dan mengimarakkan agama Islam sepenuhnya. Jika sayang anak, kita rotan-rotan. Jika sayang Melayu maka segeralah hiudpkan Melayu dengan merujuk al quran.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Korea Di Mata Melayu Peranakan
Kontrak kerja-kerja penyelidikan Tun Sheikh bagi membantu menerbitkan beberapa penerbitan yang dilanjutkan dari Disember 2010 ke Disember 2011 telah memberi peluang Tun Sheikh mendekati responden yang berkaitan untuk ditemubual bagi mendapatkan tambahan bahan dan fakta. Sejak Julai 2010 hingga kini agensi tempat Tun Sheikh berkhidmat telah menerbitkan sebanyak 5 buah penerbitan dan Tun Sheikh berpeluang berjumpa dan menemubual sebanyak 100 tokoh VIP Negara dari bekas PM dan menteri kepada bekas pegawai tinggi kerajaan. Terdapat juga beberapa responden dari kalangan rakyat biasa yang ditemubual kerana hubungan rapat mereka dengan tokoh yang dikaji. Pandangan dan pemikiran mereka yang pelbagai akan Tun Sheikh kongsi di sini nanti.
Ketika membuat kajian hubungan Korea Selatan dengan Malaysia sempena 50 tahun Hubungan Diplomatik, Tun Sheikh berkesempatan menemubual beberapa orang rakyat Malaysia yang berkahwin campur dengan rakyat Korea. Temubual juga dijalankan dengan beberapa pengusaha korea yang melabur di sini dan dengan orang Korea yang telah menjadi warga negara Malaysia. Tidak ketinggalan terhadap beberapa menantu bekas menteri dan cucu-cucu mereka yang berulang alik ke Korea tetapi mencintai Malaysia lebih dari Korea.
Tun Sheikh suka untuk berkongsi pengalaman dan fakta mengenai hal ini. Isu yang amat menarik ialah terhadap pandangan kita yang memuji dan mengangkat budaya kerja Korea yang dikatakan telah mencapai standard dunia dan telah jauh meninggalkan Malaysia yang setanding dengan mereka suatu ketika dahulu. Kerajaan pula telah mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur dan banyaklah syarikat Korea telah datang dan merebut peluang kerja yang diberikan kepada mereka di sini.
Pada hakikatnya apabila ditinjau dari luahan rasa hati mereka yang terlibat terutamanya mereka yang berbangsa Korea yang telah menjadi rakyat Negara ini berpendapat bahawa Negara kita adalah lebih elok dan baik dari mereka dari semua segi atau secara keseluruhan. Ini adalah kerana Korea terlalu meniru cara dan budaya hidup Jepun sehingga masyarakat tua mereka yang masih menghargai dan mengutamakan seni budaya dan kebudayaan serta adat resam merasa cemas dengan perkembangan semasa setelah anak-anak muda mereka tidak berminat kepada kebudayaan yang diamalkan oleh orang tua mereka. Mereka telah memilih jalan hidup secara moden dan meninggalkan adat resam. Mereka dianggap kasar dan tidak lagi berbudi bahasa seperti dulu. Mereka kelihatan tergopoh-gapah atau selalu kesuntukan masa untuk bekerja atau melakukan aktiviti lain dalam keadaan seperti terkejar-kejar tidak cukup waktu. Seni hidup yang tenang dan menikmati nilai budaya harmoni yang halus telah terabai dan tidak kelihatan dalam penghidupan seharian generai muda yang berusia 55 tahun kebawah.
Mereka mengatakan, apa yang ditayangkan didalam media elektronik terutamanya tv dan video mengenai budaya kontemporari Korea adalah tidak tepat kerana dokumentari itu sendiri adalah bertujuan untuk menarik dan mengembalikan budaya dan adat resam lama yang bernilai universal dan bermutu tinggi kembali diamalkan oleh generasi muda. Generasi tua sedang berada dalam dilema kerana orang muda tidak lagi berminat mengamalkan cara hidup nenek-moyang mereka. Malah cara lama diperlekeh dan dipandang rendah oleh anak-anak mereka kerana terpengaruh dengan gaya dan cara hidup barat yang dianggap mudah, rengkas, bebas dan bergaya.
Walaupun mereka bangga kerana di negara ini menayangkan banyak filem dan drama mahupun video mengenai Korea Selatan dalam pelbagai genre atau sector, mereka risau kerana apa yang diuar-uarkan dan dilihat sebenarnya tidak serupa dengan kenyataan sebenar. Apa yang sebenarnya berlaku ialah kerajaan Korea dan rakyat generasi tua mereka sedang bertungkus lumus berusaha melestarikan kebudayaan mereka agar tidak pupus atau luput kerana generasi muda telah mengabaikannya.
Adalah tidak dinafikan bahawa Korea boleh dikatakan telah berjaya dalam dunia industri berteknologi tinggi dan ini termasuklah dengan teknologi atau industri berat dan pembuatan atau pembinaan dan juga industri elektronik yang halus dan canggih. Mereka amat khuatir jika rakyat Negara ini juga akan hilang seni budaya hidup seharian kerana terlalu meniru gaya hidup Jepun dan dunia barat seperti mereka.
Apabila ditanya secara focus terhadap masalah dan penyelesaian, mereka berkata sebenarnya nilai-nilai murni dan adat resam yang masih diamalkan oleh orang Melayu di Negara ini telah melambatkan kerosakan akhlak dan adab muda-mudi di sini tidak seperti Korea yang telah mengambil mudah terhadap kepercayaan dan agama. Mereka yakin bahawa mereka selamat di sini selagi kerajaan Negara ini mengutamakan agama sebagai rukunegara dan diamalkan oleh semua rakyat. Mereka berasa malu kerana mereka dianggap berjaya padahal kejayaan mereka dengan cara hidup moden telah melupuskan adat resam universal mereka yang bermutu tinggi. Generasi muda mereka telah berubah dan menjalani hidup moden yang dianggap rengkas tetapi penuh dengan penipuan dan tekanan. Sikap mereka telah menjadi kasar dan ketenangan jiwa telah hilang kecuali hanya kesenangan nafsu yang sering membawa akibat yang lebih menyusahkan.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara