Watak dan Tokoh Kartun Zunar, Rafizi dan Tian Chua Perlu Dipelihara dan
Diperbanyakkan
Tiga orang tokoh ini bagi Tun
Sheikh adalah mutiara yang bersinar pada zaman kecemerlangan Pakatan Rakyat
mengajak manusia Malaysia berbalik kepada realiti kehidupan dengan penuh
kesadaran untuk hidup dengan norma keadilan dan bebas mengamalkan budaya
demokrasi. Berbanding dengan tokoh-tokoh dan ahli politik khususnya BN tidak
kira dari AMNO dsb yang kelihatan seperti
sedang dirasuk dan mabuk dengan kemewahan dan gembira hidup dengan hasil
penyelewengan amanah dan rasuah. Tiga orang tokoh ini adalah di antara banyak
tokoh yang menonjol ketika ini. Mereka masih gemerlapan dan adalah diharap
sinar dan aura yang keluar dari mereka akan berterusan sampai bila-bila
meskipun setelah mereka tiada. Mereka juga adalah diharap terus berada di atas
trek kehidupan dan budaya serta perjuangan yang betul sampai ke akhir hayat.
Diantara 3 tokoh tersebut, Zunar adalah tertua tetapi minda dan
kreativitinya sangat cerah, jelas dan sentiasa relevan dan hidup. Idea dan
maklumat yang disampaikannya sentiasa muda. Beliau berjaya memindahkan rakaman berita
minda dan imejinasi yang realistic ke dalam bentuk lukisan kartun yang
benar-benar mencuit hati. Mesej dan berita yang disampaikannya amat tepat,
bersahaja, menarik dan berupaya memberi kesan sinis dan pengaruh yang meluas dan
dalam. Mesej kartunnya adalah reality kehidupan terutamanya dalam hal realiti politik
semasa. Beliau adalah pemerhati dan pembaca perihal yang tajam. Ideanya
sentiasa berkembang dan lukisan atau animasinya berupaya memberi maklumat atau
membuat pencerahan terhadap sesuatu peristiwa mahupun isu-isu yang kompleks. Adalah sangat menarik
dan sangat bernilai tinggi apabila sesuatu peristiwa mahupun cerita dapat
disimpul dan disampaikan dengan sekeping gambar kartun sahaja.
Zunar juga tidak terkecuali
berdepan dengan pelbagai tekanan hidup yang direka dan difitnahkan kepada
beliau bagi membendung atau membantutkan usaha dan kreativiti beliau yang
dianggap cenderung kepada rakyat atau berpihak kepada golongan politik
pembangkang . Kerajaan seolah-olah tidak dapat menerima apa yang disampaikan
oleh Zunar kerana begitu mampan, sensetif dan mudah difahami rakyat malah
berupaya mempengaruhi minda rakyat. Sayang sekali pandangan BN terhadap Zunar
adalah negatif padahal apa yang diamalkan oleh mereka itulah yang sebenar negatif
dan menyeleweng atau dengan bahasa mudah BN telah salah guna kuasa. Tegoran
positif dibaca sebagai khianat dan orang seperti Zunar dianggap musuh.
Tian Chua pula adalah watak
berkepribadian rakyat yang suka kepada low-profile. Beliau timbul tanpa
mewakili apa-apa kesatuan atau kepentingan persatuan. Pada mulanya beliau
seperti seorang desperado yang berputus-asa dan amat benci kepada ketidakadilan
kerajaan BN dalam semua hal. Beliau kelihatan begitu beremosi kerana
penyelewengan dan budaya rasuah BN telah mengakibatkan kesusahan hidup rakyat marhein. Dalam sebuah demontrasi yang bukan miliknya, beliau
bernekad menggadai nyawa dan tidak peduli ke atas kematian atau ajal nyawanya
sendiri. Beliau tidak berganjak duduk di tengah-tengah jalan meskipun disimbah
dengan air kimia yang gatal oleh polis. Beliau juga seolah-olah sanggup mati
dilenyek kereta prisai polis kerana tidak melarikan diri. Beliau terus mematung
di tengah jalan untuk menghalang kereta prisai polis daripada terus mara
mengejar rakyat yang berhimpun. Beliau sanggup menjadi ikon yang terkorban
dalam memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Sehingga ke hari ini beliau masih
belum berubah dan tiada ciri-ciri kesombongan kepada rakyat yang
diperjuangkannya meskipun telah menjadi ahli yang berhormat atau YB. Beliau
kelihatan terus bersemangat dan bertenaga meskipun fizikalnya kelihatan
kepenatan.
Ramizi pula adalah seorang anak
muda yang termuda. Cahaya kecerdikannya sangat terang. Beliau membawa ikon anak
muda yang pintar dan tidak suka rasuah dan penyelewengan. Beliau juga adalah
seorang professional yang pada mulanya menjadi asset kepada kerajaan BN yang
mengikatnya. Oleh kerana beliau melihat amalan rasuah dan penyelewengan
terhadap hak rakyat oleh BN telah melampaui batas, beliau telah mengikut naluri
hatinya untuk melepas jawatan yang berprestij dan terjamin masa depan dengan
kemewahan lalu menceburkan diri dalam
memperjuangkan hak asasi khususnya berkaitan keadilan dalam semua hal. Apabila
PR berjaya menjadi kerajaan dan mentadbir negeri Selangor, jawatan penasihat ekonomi yang berprestij juga
dilepaskannya kerana menolak fitnah-fitnah AMNOBN.
Sehingga ke hari ini, beliau
tidak putus-putus dibebani dengan pelbagai fitnah yang dibuat-buat untuk
menekan hidup seharian anak muda ini. Apa yang sangat merimaskan BN ialah,
isu-isu penyelewengan AMNOBN yang
dikemukakan beliau semuanya mempunyai bukti sahih yang terpakai di mahkamah.
Kepintaran beliau berhujah secara professional dengan fakta-fakta realiti sering
mematikan hujah-hujah fitnah rekaan dan ciptaan pemimpin AMNOBN. Pengetahuan
beliau membezakan fakta dan dokumen palsu dengan yang sahih adalah satu
kelebihan dirinya. Tokoh-tokoh AMNOBN tidak mementingkan kesahihan kerana
terpengaruh dengan kuasa wang yang mampu mereka adakan. Wang tidak menjadi
masalah dan tidak disayang kerana wang yang mereka perolehi adalah wang mudah,
wang haram, wang rasuah hasil amalan penyelewengan mereka. Paling teruk ialah
pemikiran dan keyakinan tokoh-tokoh AMNOBN bahwa wang dan kuasa wang adalah
segala-galanya.
Watak tiga tokoh yang Tun Sheikh
nukilkan ini adalah ciri-ciri watak tokoh yang bernilai tinggi dan sejagat. Mereka adalah seperti manusia lain yang tidak menolak jika
berpeluang menjadi jutawan. Tetapi oleh kerana mereka telah terlibat dan
berpengalaman dengan penderaan mental dalam memperjuangkan keadilan dan menjadi
pejuang kepada golongan marhein, Tun Sheikh percaya dan yakin bahwa mereka
tidak akan menerima untuk menjadi jutawan melalui hasil sogokan dan rasuah.
Mereka juga amat prihatin dengan nasib rakyat marhein dan seandainya mereka
kaya bukan daripada hasil rasuah dan penyelewengan, tentunya mereka tetap
mengingati orang yang kurang bernasib baik terutamanya terhadap rakyat yang
menghadapi kesusahan hidup gara-gara penganiayaan kerajaan BN.
Mengimbau kepada watak dan
ketokohan tiga tokoh pejuang keadilan ini, kelahiran watak sebegini kalau boleh
mesti dirancangkan agar terlahir sebanyak mungkin. Mereka cerdek, mereka
pintar, mereka senang tetapi mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri
dengan melibat dan menceburkan diri dalam perjuangan mendapatkan keadilan
rakyat terutamanya terhadap golongan marhein yang mempunyai banyak kelemahan
dan sering didiskriminasi oleh AMNOBN. Kita tidak mahu banyak tokoh cerdek dan
pintar seperti dalam AMNOBN, tetapi mereka hanya cerdik dan pintar menipu. Bagi
Tun Sheikh sendiri, Tun Sheikh tidak malu mengatakan bahwa Tun Sheikh sedang
mengumpul duit untuk membeli semua penerbitan Zunar dan begitu juga terhadap
apa-apa penerbitan mengenai Tian Chua dan Ramizi. Tun Sheikh yakin penerbitan
itu akan berfaedah kepada anak cucu.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Johor Bahru 20.12.2014