Buah Tangan Reformasi Indonesia, Malaysia Bagaimana?
Apabila seorang bekas menteri kabinet
Malaysia yang terkenal sebagai menteri tukang kipas di era Tun Dr Mahathir menganggap
bekas Presiden Indonesia setelah Suharto digulingkan oleh gelombang reformasi
rakyat iaitu BJ Habibie sebagai seorang petualang dan pengkianat bangsa, Tun
Sheikh berasa tersinggung perasaan dengan tiba-tiba dan berasa perkataan
pengkianat kepada bangsa itu adalah sesuai dilabel kepada diri beliau sendiri.
Beliau pernah dimaki hamun sehingga orang mempertikaikan keturunan Melayu
beliau yang lebih kepada mamak sebagaimana Dr Mahathir. Sikap kaki mengampu
beliau amat meloyakan dan beliau adalah satu-satunya menteri kabinet Dr
Mahathir yang tidak melambangkan keintelektualan dan kecerdikan yang dibangga
dan ditonjolkan oleh Dr. Mahathir. Lebih jauh daripada itu, beliau dijadikan
ikon berperangai buruk para golongan mamak yang terkenal suka mengampu dan memutar
belit fakta untuk kepentingan diri.
Berbanding dengan tokoh BJ
Habibie, bekas Presiden Indonesia itu bukanlah seorang yang gila kuasa seperti Dr
Mahathir. Perlantikan beliau menjadi
presiden sebagai pengganti kepada Suharto bukanlah atas kemahuannya dan
bukanlah merupakan cita-cita yang diidam-idamkannya. Dalam ucapan pertamanya
sebagai Presiden beliau sangat merendah diri dan akur untuk sedia berundur
apabila keadaan menjadi tenang dan apabila Indonesia beroleh Presiden baru yang ideal. Beliau
mengakui menjadi Presiden kepada hampir 300 juta rakyat Indonesia dalam keadaan ekonomi yang jatuh
merundum dan tekanan dari kumpulan-kumpulan pendesak yang pelbagai termasuk
daripada kumpulan kiri, kumpulan agama, kumpulan sosial yang terlalu liberal
dan kumpulan mahasiswa bukanlah menyenangkan diri beliau. Namun kerana beliau
merupaka seorang menteri yang terkanan dan sangat toleransi serta terkenal
dengan keintelektualan yang sangat
dibanggakan oleh rakyat yang ada pada dirinya telah mengangkat beliau sebagai
Presiden yang layak memimpin dalam suasana yang tegang itu. Beliau menduduki
kerusi presiden hanya setahun lebih dan berundur dengan terhormat mengikut
perlembagaan Negara yang dibuka dengan seluas-luasnya oleh beliau sendiri.
Kebebasan bersuara dan berpolitik bukanlah baru tertulis dalam perundangan
Indonesia tetapi hal itu menjadi beku di bawah pemerintahan yang didokong oleh
kuasa tentera pada zaman Sukarno dan Suharto. BJ Habibie boleh dipanggil
sebagai Bapa Reformasi Demokrasi Indonesia.
Ketika BJ Habibie berkuasa, pintu
demokrasi dibuka seluas-luasnya. Bidang yang mendapat manfaat penuh daripada dasar beliau ialah bidang komunikasi dan
falsafah pemikiran terutamanya dalam hal politik. Suara rakyat dan kebebasan
bersuara diutamakan. Beliau sendiri memberi
galakan kepada mass media dan
membenarkan kritikan dilontarkan kepada sesiapa terutamanya kepada pihak
pemerintah jika rakyat berpendapat mereka telah terkeluar dari landasan
kewajaran. BJ Habibie boleh dianggap
sebagai seorang tokoh yang berjasa kepada agama khususnya Islam kerana
meletakkan agama itu pada kedudukan
terhormat dan menggalakkan para-para daei dan pendakwah memberi kefahaman yang secukupnya kepada penganut
agama lain supaya Islam tidak begitu dipandang serong dan disalah mengertikan.
Golongan mahasiswa diberi
kebebasan untuk bersuara dan mengadakan piket-piket aman yang berterusan malah beliau mengkerahkan
angkatan tentera membantu menjaga keamanan persekitaran di mana para golongan
mahasiswa mengadakan demonstrasi aman. Beliau menegaskan para anggota angkatan
bersenjata mestilah mengetahui peranan dan tanggongjawab mereka selaku petugas
bersenjata bermisi dan berobjektif menjaga kedaulatan dan keamanan untuk semua
rakyat dan bukan untuk kepentingan pemimpin tertentu. Beliau memberi kepercayaan penuh kepada angkatan bersenjata
Indonesia meskipun terdapat desas desus ada yang ingin memberontak kerana tidak
dapat menerima kenyataan dalam hal keistimewaan yang dinikmati oleh angkatan
bersenjata di zaman Sukarno dan Suharto. BJ Habibie telah berjaya
mereformasikan pemikiran angkatan bersenjata dalam memainkan peranan mengawal
keamanan dan kedaulatan Negara dengan mengutamakan semua rakyat tanpa memandang
bulu.
BJ Habibie juga sentiasa
menghitamkan amalan rasuah dan nepotisma dan menggalakan transparensi dalam
segala urusan sama ada dalam
pentadbiran, politik, ekonomi dan juga social. Dasar-dasar Habibie telah
meledakkan perjuangan reformis demokrasi dan banyak pembaharuan telah
dilaksanakan dengan sendiri oleh kumpulan-kumpulan reformis yang selama ini
bergerak dengan senyap dan berhati-hati dari berhadapan dengan penguatkuasa
tentera dan polis yang ditugaskan oleh Suharto.
Setelah 10 tahun reformasi dan
sehingga tahun 2012, Indonesia berjaya menambah golongan berpendidikan tinggi dan golongan menengah dengan begitu drastik sekali.
Indonesia juga berjaya melahirkan pengusaha dan ahli koperat yang begitu ramai
sehingga boleh dikatakan telah berjaya mengeluarkan diri dari kepompong
perekonomian yang lembab kepada sebuah Negara ekonomi yang membangun aktif.
Meskipun amalan rasuah masih ada tetapi perjuangan untuk tidak membudayakannya
masih berterusan. Ketika ini boleh dikatakan para pemimpin Indonesia sangat berhati-hati dan mengelak
diri dari terjerat dengan isu rasuah. Mereka sangat yakin, jika Indonesia
berjaya menghilangkan ikon pengamal budaya rasuah, maka kedudukan mereka dalam
serba-serbi akan melonjak di mata dunia.
Dalam soal maruah ketika ini pun
Indonesia telah medahului Malaysia. Adalah amat mendukacitakan, dalam rekod
kita berjaya membangun Negara tetapi budaya rasuah dan kejatuhan maruah diri
peminpin kita jatuh merundum kerana pelbagai skandal yang tidak bermaruah. Apabila
dikaji secara rambang daripada fakta-fakata terkumpul dari dalam dan luar Negara,
pelbagai pandangan telah menyalahkan hal ini bertunas dengan subur oleh
dasar-dasar regim Mahathir. Sehingga ke hari ini Malaysia masih terkapar-kapar
mencari identity dan jati diri yang bersih dari kebejatan. Akan berjayakah
Malaysia..?? Ini adalah bergantung kepada keberanian dan kesadaran rakyatnya
iaitu diri kita dalam memainkan peranan masing-masing dalam sejarah politik negara
ini. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha dan
berikhtiar untuk berubah!
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
KL 12.12.12