ARTIS MERAKAM POLITIK SONGSANG

0 comments
Keserabutan Politik Malaysia Dirakam Artis Kontemporari

Apabila kartunis Zunar ditahan ISA dan pelancaran siri penerbitan kartunnya disabotaj kerajaan, lahir suatu set minda baru di kalangan artis kontemporari bahawa hasil produksi mereka bernilai sejagat. Mereka bertambah yakin falsafah kebebasan berkarya tidak perlu dipupuk dengan ancaman dan ugutan. Mereka bertambah yakin dan mendapat banyak ilham dari suasana yang tegang. Itulah keistimewaan artis-artis yang meluahkan pemikiran mereka melalui hasil karya mengikut genre masing-masing.

Penyelidikan kebudayaan dunia pula sejak dahulu lagi menerima teori kesahihan budaya sesuatu kaum yang sudah pupus melalui tingalan hasil budaya ciptaan para artis. Keadaan sosial, ekonomi dan politik mahupun kepercayaan sesuatu kelompok sosial, bangsa atau suku yang telah pupus itu dikaji menerusi bait-bait perkataan, tulisan, lukisan dan sebarang sesuatu yang terpapar dari hasil budaya itu.

Kerencaman politik Malaysia tidak terlepas dari permerhatian para artis yang hidup sezaman. Istilah kontemporari dapat menggambarkan kedudukan mereka dalam masyarakat. Mereka wujud tanpa menonjolkan diri. Mereka tidak mencari glamour diri kecuali terus menghasilkan karya mengikut aliran pandangan dan ilham yang tercetus dari pemikiran, pengamatan dan apa yang mereka lihat. Semua golongan artis ini menganggap mereka adalah kelompok berenovasi, kreatif dan memiliki motif keintelektualan yang tinggi.

Walau bagaimana pun terdapat pelbagai perbedaan pendapat di antara mereka terutamanya terhadap kelompok artis penghibur seperti yang terlibat dalam dunia hiburan. Kelompok dari kumpulan artis lakonan dan nyanyian dianggap kurang intelektual dan berwawasan kerana berkarya hanya untuk mencari glamour dan keseronokan. Artis kumpulan ini dianggap kurang tajam penghayatan mereka terhadap aura suasana persekitaran.

Satu usaha kerajaan untuk memperkenal atau mempopularkan mereka telah dibuat dengan mengadakan pameran kontemporari seluruh negara melalui Kementerian Pelancongan. Pakej pertama pameran seni kontemporari ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 3 Julai 2010 dan berlangsung selama tiga bulan di Galeria Sri Perdana (bekas rumah kediaman rasmi Tun Dr. Mahathir) Jalan Damansara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan . Pameran ini telah berakhir pada 30 September lepas.

Sebelum diadakan pameran artis kontemporari ini, kedatangan pengunjung ke Galeria Sri Perdana adalah seramai diantara 8,000 -14,000 orang sebulan. Selama tiga bulan berturut-turut pameran ini diadakan, pelawat bertambah kepada 15,000 orang. Bererti hanya pertambahan 1,000 orang pengunjung setiap bulan manakala kos pameran ini mencecah RM1,000,000.00 (1 juta) jika dikira termasuk kos-kos kemudahan asas dan upah tenaga kerja pegawai dan kakitangan yang terlibat. Adakah objektif pameran ini tercapai berbanding dengan kos dibelanjakan yang masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan?

Pakej kedua dan seterusnya pula akan menyusul ke seluruh negara iaitu zon selatan, timur, tengah dan utara serta Sabah dan Sarawak. Kos untuk mengadakannya tidak dihebahkan. Kementerian Pelancongan kelihatan mempunyai banyak peruntukan dan dianggap istimewa kerana pendapatan negara kedua terbesar adalah hasil dari kemasukan pelancong asing. Tetapi adakah ini benar-benar dapat dikira secara mikro? Dan wajarkah segala aktivitinya yang membelanjakan jutaan ringgit dipandang dengan sebelah mata? Di waktu yang sama pula kerajaan berlepas tangan terhadap kesempitan hidup rakyat bawahan malah sanggup menarik semula subsidi sehingga menyebabkan barang-barang keperluan harian melambung harga.

Berbalik kepada aktiviti pameran kontemporari tadi, adakah kerajaan sadar dan suka mengambil iktibar kerana perlakuan dan dasar kerajaan kontempori sebenarnya dirakam oleh para artis dengan begitu kreatif sekali. Gambaran buruk dan hodoh ada dan gambaran baik dan ceria pun ada. Tetapi jika diamati dengan penghayatan mata pengkaji kebudayaan dan seni, kebanyakan hasil ilham yang diproduksi oleh para artis kontemporari ialah gambaran yang negatif terhadap suasana sosial dan keadaan politik kerajaan yang memerintah.

Dalam kelucuan, dalam keseriusan, dalam kehambaran mahupun dalam pengaruh kemarahan, ragam kehidupan manusia dan adat kebudayaan kontemporari Malaysia tergambar dengan kecelaruan kerana dipengaruhi oleh kuasa dan karenah politik semasa. Gambaran keserabutan ini akan dibaca dan dikaji oleh mereka yang akan datang kemudian dan mereka akan bebas membuat kesimpulan malah mungkin menjumpai sebab musabab bangsa dan kebudayaan kita pupus ketika itu.

Sehubungan itu marilah kita bersama-sama berganding bahu membetulkan keadaan ini dengan rasa kebersamaan dan merendah diri supaya landasan dan wawasan kehidupan kita tetap di atas landasan yang lurus dan kukuh, betul dan tepat. Tidak sesat dan menyesatkan orang lain. Tidak sombong dan memperlekeh pandangan orang lain. Tidak mementingkan diri dan tidak gila kepada harta dunia yang menyebabkan penglihatan kita lalap dan buta mata hati.

Ke arah itu kita mestilah bersatu padu mencari petunjuk jalan yang lurus, jalan yang universal dan global. Kita mesti mengkaji dengan serius dan mencari serta menggunakan sumber yang ada menyatakan dan memperjelaskan bagaimana untuk hidup selamat lurus dan betul supaya bangsa kita tidak pupus seperti yang tercatat dalam tamadun manusia. Anda yang memiliki sekeping hati yang ikhlas, pasti mengetahui dan rasa terpanggil apakah sumber atau benda itu………

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Kroni Perasuah Pada Raya 2010

0 comments
Kroni Perasuah Pada Raya 2010

Semasa musim cuti Kemerdekaan iaitu ketika Tun Sheikh berkunjung menziarahi sanak saudara dan sahabat taulan di daerah-daerah negeri Johor dan di musim percutian menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2010 sehingga artikel ini di tulis Tun Sheikh dapati pada tahun ini ada penurunan kes anak-anak kita yang hilang jari, melecur dan trajedi kebakaran keluar dalam berita-berita perdana berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Kita harus bersyukur kerana pada tahun ini seperti ada keprihatinan dan kesadaran daripada kalangan tua yang melarang anak-anak mereka bergembira menyambut kemeriahan hari raya dengan bermain mercun atau bunga api.

Tun Sheikh juga berkesempatan menziarahi sanak saudara yang tinggal agak jauh di pedalaman seperti di kampung-kampung dan mendapati bunyi gegaran dan dentuman meriam buluh pun juga sudah berkurangan walau pun masih ada kedengaran.Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak di kampong juga sudah kurang bermain meriam buluh. Mungkin trend sekarang bermain meriam buluh dalam kalangan remaja sudah tidak dianggap glamour atau sesuatu yang membanggakan atau menyeronokkan.Namun meskipun berita kemalangan yang tidak diingini itu seolah-olah menurun dan kurangnya kedengaran dentuman meriam buluh tetapi tidaklah bererti pada tahun ini anak-anak remaja tidak bermain mercun lagi. Malah kedapatan juga orang dewasa yang turut sekali berseronok bermain mercun. Kalau dulu kanak-kanak dibelikan bunga api dan mercun oleh orang dewasa tetapi kini orang dewasa yang diharap untuk melarang atau memerhatikan keselamatan kanak-kanak juga telah turut sekali bermain mercun dan bunga api.

Malah jika ditinjau, keseronokan bermain mercun bertambah meriah seperti kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina pula. Adakah ini hasil dari pengaruh kebudayaan orang Cina bermain mercun atau amalan kerajaan menunjukkan permainan bunga api setiap kali pada hari-hari kebesaran seperti hari kemerdekaan, hari Wilayah, Tahun Baru, Hari Agong atau Keputeraan Sultan dan lain-lain?

Pelbagai mercun dan bunga api nampaknya bertambah canggih. Kalau dahulu kita tersentak dengan dentuman seperti bom yang biasanya dimainkan oleh orang dewasa yang berjaya menyeludup bom latihan ketenteraan tetapi sekarang tidak lagi. Tun Sheikh telah mengambil kesempatan mendekati mereka untuk melihat mercun dan bunga api dan memang hati ini tidak terkata. Jika dibanding dengan alam remaja dan kanak-kanak Tun Sheikh dahulu memang jauh sekali kerana bunga api dan mercun yang dimainkan pada hari ini begitu canggih. Ada kemungkinan pada suatu hari nanti bermain mercun dan bunga api akan menjadi adat resam pula memandangkan perihal keadaan mercun dan bunga api masa ini.

Lidah Tun Sheikh bertambah kelu apabila memikirkan bahwa semua mercun dan bunga api adalah barang larangan tetapi begitu mudah boleh didapati asalkan mempunyai wang untuk membelinya. Tun Sheikh menduga bahawa permainan mercun dan bunga api meskipun dilarang akan terus menjadi kegilaan dan keseronokan kepada bukan sahaja kanak-kanak, para remaja tetapi juga orang dewasa. Ketika ini pun nampaknya tiada larangan keras dari orang dewasa malah ada yang memberi ransangan lebih-lebih lagi jika mendapati anak-anak kecil mereka seperti seorang penakut. Kononnya mereka tidak mahu anak-anak mereka menjadi seorang yang penakut terhadap bunyi letupan dan percikan api yang berwarni-warni serta cantik dan menyeronokan.

Mereka seperti berbangga kerana dapat membekal mercun dan bunga api kepada keluarga kerana bukan sahaja kecanggihan mercun dan bunga api itu sendiri tetapi juga kerana harganya yang mahal dan melambangkan kemampuan. Bayangkan jika sebutir mercun bom sebesar bola pingpong berharga RM3.50 dan rata-rata sebanyak 30 biji dibeli dan dibawa balik. Ini belum lagi mercun roket yang pelbagai saiz dari harga RM15.00 bagi 10 batang dan yang besar hingga mencecah RM50.00. Sesebuah keluarga yang membakar pelbagai jenis mercun ini pula dapat dibandingkan dengan kumpulan atau keluarga lain kerana ledakan dan bunyinya membawa ikon harga dan rasa gah. Bayangkan gema bunyi letupan mercum bom sebesar buah pingpong itu adalah seperti bunyi ledakan bom sebenar.

Apabila Tun Sheikh bertanya bagaimana mereka boleh mendapat bekal dan mampu membelinya padahal ada diantara keluarga mereka memang Tun Sheikh kenal dan tahu kemampuan ekonomi mereka,. Jawapan yang Tun Sheikh terima boleh dikatakan serupa dan apa yang memeranjatkan ialah mereka mengatakan bahawa mereka tidak membelinya seperti anak-anak jiran yang berada membelinya. Mereka sangat berbangga bahawa mereka juga mampu dan berlawan membakar mercun yang power atau yang kuat bunyinya dengan anak-anak jiran yang kaya kerana mereka dapat bekalan dari saudara mara tertentu dan harganya 50% lebih murah dari yang dibeli oleh anak-anak orang kaya. Tidak terfikir jawapan itu di minda Tun Sheikh pada mulanya kerana menganggap permainan mercun adalah biasa walau pun terlarang. Membakar mercun juga bagi Tun Sheikh adalah sia-sia kerana membazir wang. Tidak terfikir Tun Sheikh bahawa trend ketika ini melibatkan perasaan berbangga dan berlawan-lawan sedang berlaku di antara keluarga yang berada dengan keluarga yang sederhana.

Dan tidak terkata apa oleh Tun Sheikh apabila mengetahui mereka dapat bekalan mercun dan bunga api itu dari saudara-mara dan orang tertentu yang bekerja di Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, keluarga polis dan lebih pelik ada yang mengatakan diberi oleh saudara mara yang bekerja di Jabatan Pendaftaran. Bertambah pelik ada yang mengakui mendapatnya secara percuma. Nampaknya penyakit kroni telah meresap ke akar umbi dalam masyarakat ini. Maka tergambarlah di benak Tun Sheikh betapa rapuhnya jati diri bangsa kita. Tergambar juga Tun Sheikh bahawa permainan mercun ini akan menjadi budaya bangsa Malaysia dan tidak lagi hanya keringanan larangan yang terpaksa diberikan kepada bangsa Cina yang membakar mercun untuk upacara menghalau hantu dan syaitan………..Di sebalik itu ternampak juga Tun Sheikh sekelompok manusia yang dulu matanya sepet tapi kini terbeliak dan tersenyum girang kerana menjadi kaya raya menjual mercun apabila rakyat Malaysia seronok dan bermegah membakar mercun sebagai budaya.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Tanda Hari Hendak Siang, Dekat Mati & Kerajaan Akan Runtuh

0 comments
Tanda Hari Hendak Siang, Dekat Mati & Kerajaan Akan Runtuh

Seorang Sasterawan Negara yang terkenal telah mencipta sebuah puisi bertajuk Tanda Hari Hendak Siang. Sekali pandang tiada apa yang istimewa dengan puisi ini. Bahasa yang digunakan pun adalah bahasa biasa, bahasa seharian. Namun falsafahnya amat dalam. Antara bait-bait maksud perkataan yang diucapkan atau ditulisnya ialah –tangisan bayi hendak menyusu, rengetan anak-anak kecil hendak buang air tapi takut dan tiada yang peduli, kokok ayam, bunyi burung, bunyi mesin dan kedengaran azan di surau berdekatan dan seterusnya.


Apabila diamati dan direnungkan falsafahnya maka akan tergambar penghayatan pemuisinya dan tentunya ketika itu dia tidak tidur takala orang lain masih berdengkur. Hal ini sudah pasti bukannya sekali sahaja sehingga beliau dapat menukilkannya. Selain dari gambaran malam yang dini hampir menjelang siang, pembaca akan terbuai dengan gambaran dan kefahaman kerencaman hidup seharian ketika ini atau di zaman kontemporari ini. Orang atau manusia terpaksa melaluinya kerana perlu bersaing dalam kehidupan untuk mencari rezki dan kesenangan serta keselesaan hidup. Dan di sinilah letak seninya kerana beliau dapat menghayati dan merakam suasana menjelang siang dalam suasana tempatan dan keadaan semasa.


Berbekalkan dengan pemahaman terhadap puisi itu maka Tun Sheikh ingin merakamkan di sini malah mengajak para pembaca untuk melihat masa yang berlalu. Tentu sekali dengan mudah kita akan teringat waktu kita di zaman kanak-kanak walau pun kadang-kala ada di antara kita susah untuk menceritakannya kepada orang lain. Walau pun kita tidak berasa senang untuk menggambarkan melalui perkataan atau perbualan dengan lidah tetapi yang pasti ia sangat mudah tergambar di belakang mata atau dalam ingatan kita.


Ada juga orang yang tidak berbakat untuk bercerita secara lisan tetapi berkemahiran bercerita secara tulisan dan pastinya semua yang tergambar di dalam ingatan baik dengan penceritaan lisan atau tulisan, ialah perasaan kegembiraan yang terasa dalam diri kita. Ini terhasil kerana pelbagai perasaan dirasai dalam sedetik masa seketika teringat. Ada juga orang yang berbakat keduanya sekali dan ada juga orang yang tidak tahu untuk bercerita dan juga tidak tahu menulisnya. Namun gambaran peristiwa yang pernah dialaminya tetap terang dan berseri dalam lubuk ingatan.


Apa yang Tun Sheikh ingin perkatakan di sini ialah perasaan kita. Tentunya kita berasa waktu kanak-kanak dahulu dan dengan sekarang seperti sama saja. Tetapi apabila kita melibatkan akal fikiran dan kerasionalan berfikir dengan menyesuaikan keadaan kita sekarang atau ketika berfikir maka barulah kita terasa seolah-olah ada perbedaan. Pada hakikatnya hanya fikiran dan jiwa yang rasional sahaja dapat menikmati kelainan rasa atau ketuaan diri. Kebanyakan daripada kita sebenarnya tidak berasa kelainan usia, nafsu dan kepuasaan. Kepuasan semacam sama saja. Kecuali tubuh badan fizikal sahaja yang memaksa menghadkan diri.


Dengan itu adalah suatu falsafah peringatan yang sangat tinggi apabila kita diajar dan diingatkan bahawa tanda-tanda sudah dekat dengan kematian ialah apabila rambut beruban, gigi mula luruh, telinga mula kurang tajam pendengaran dan mata yang beransur kurang penglihatan dan kabur .Seterusnya secara-berperingkat-peringkat kita diingatkan oleh pencipta kita sendiri sehingga ke tahap lemah tubuh badan. Ada juga yang sampai pikun atau nyanyuk dan berkelakuan seperti anak-anak kecil yang tidak berakal dan tidak dapat membedakan samada najis atau bersih suci mahupun mengingati apa-apa perbuatan yang baru saja dilakukannya. Itu adalah di antara tanda ajal yang pasti akan sampai dan akan kita lalui. Ke mana dan bagaimana kita selepas mati? Apakah persediaan kita terhadap kematian yang pasti? Kita belajar mencari ilmu dan mencari pekerjaan yang baik sebagal bekal kita di hari dewasa. Apa pula ilmu dan pekerjaan kita untuk bekal selepas kematian?


Setelah kita dapat bayangkan macam mana keadaan ketika ini, kadar mana, kesihatan dan usia, Tun Sheikh juga hendak mengajak para pembaca semua diatas peringatan Tuhan terhadap sebuah kerajaan yang maju dan kuat ke arah keruntuhan. Ini adalah sangat penting supaya kita segera membuat persiapan. Kalau tidak pun kita boleh berusaha dan berikhtiar agar kerajaan yang akan runtuh dan pupus itu lambat sedikit hayat dan proses keruntuhannya. Hal ini juga penting kerana dalam kerajaan ini lah kita sedang hidup dan menikmati nikmat kehidupan dan nikmat beragama sebagai rahmat Tuhan yang dikurniakan kepada kita.


Maka ada antara firman Allah bahawa tanda-tanda sesebuah kerajaan yang akan roboh ialah Allah campakkan rasa kesombongan, riak dan takbur dalam hati para pemimpin kerajaan itu. Maka memerintahlah para penguasa itu dengan sifat sombong, riak dan takbur kerana menganggap dirinya hebat dan berkuasa. Mereka sangat membanggakan diri kerana merekalah yang memakmurkan Negara yang diperintahnya. Apabila ini berlaku, akan lahir pula penentang-penentang kezaliman dan akan berlakulah perebutan kuasa dengan pejuang anti kezaliman dan anti penindasan.


Apabila berlaku peperangan maka hilanglah kedamaian, keharmonian dan kemakmuran sesebuah Negara itu sehingga yang pernah maju dan kaya jadi punah dan rakyat menderita. Punca yang sangat Tuhan murka ialah kesombongan diri. Apabila manusia itu sombong maka Tuhan akan memberi peringatan dengan bencana tetapi jika berterusan dengan kebanggaan dan kesombongan maka Tuhan akan menambah lagi rasa kesombongan itu sehingga manusia hilang pertimbangan dan berlaku zalim terhadap yang lemah.


Tun Sheikh menyeru kepada diri sendiri dan para pembaca bahawa marilah kita segera bergerak berikhtiar dan bertindak agar keharmonian dan kemakmuran hidup kita ketika ini tidak roboh gara-gara kesombongan para pemimpin yang sudah sampai ke tahap riak dan takbur. Inilah petanda yang Tuhan ingatkan kepada kita. Maka marilah kita segera bertindak menghilangkan perasaan sombong dan riak para pemimpin Negara kita. Jika mereka tidak segera berubah maka mari lah kita sama-sama mengubah mereka dengan cara memilih tokoh-tokoh pemimpin yang lain. Tokoh-tokoh baru yang tidak sombong, riak, takbur dan zalim.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Peristiwa Serangan Israel Terhadap Kapal Bantuan Kemanusiaan

0 comments

ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT UMPAMA ANAK EMAS DENGAN AYAH

MENGAPA MUDAH LUPA??


Sudah sebulan berlalu peristwa tentera Israel laknatullah menyerang kapal M.V. Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan dan para sukarelawan dari seluruh dunia. Seramai 19 orang sukarelawan terbunuh.Sangat zalim dan tidak berpatutan sama sekali kerana menyerang entiti yang dikenal pasti sebagai kapal awam yang tidak bersenjata dan sedang berada di lautan antarabangsa. Bertambah ironi apabila kapal membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang menderita dan kekurangan makanan itu sengaja dihalang supaya bantuan tidak sampai agar rakyat Palestin terus sengsara.


Amerika Syarikat yang beria-ia mengaku dan berlagak sebagai polis dunia tanpa pelantikan sesiapa itu, sepatutnya segera mengambil tindakan dengan menyerang semula atau membuat sekatan terhadap negara Israel yang biadab. Jika Amerika benar-benar sebuah negara yang sangat mementingkan keamanan dan keharmonian mahupun kemanusiaan, pastinya Amerika sendiri yang mengetuai dan menggerakkan program bantuan kemanusiaan antarabangsa itu tetapi hal itu tidak dilakukannya. Penghantaran bantuan kemanusiaan ini telah dilakukan dengan inisiatif Turki yang begitu ikhlas.


Sebenarnya, Amerika adalah juga sebuah negara penindas terutama kepada negara-negara lemah dan kecil untuk kepentingan ekonominya.Seperti biasa, hal ini dilakukan dengan begitu halus sekali sehingga kelihatan seolah-olah Amerika memberi bantuan ataupun kelihatan seperti ia dijemput dan diundang oleh negara yang bermasalah itu. Amerika sangat suka campurtangan dalam hal ehwal negara-negara Islam kerana mendapat kesempatan dan faedah yang begitu besar dalam satu tindakan sebagaimana pepatah yang bermaksud berjaya menembak dua atau tiga ekor burung dengan hanya sebutir peluru.


Amerika sepatutnya telah mengenal pasti teroris dan pengganas dunia yang tersangat bahaya iaitu Israel. Kesungguhan Amerika memburu pengganas adalah sangat ekstrim tetapi sehingga kini pemburuannya hanyalah seperti lakonan wayang. Amerika menuduh negara-negara Islam melahirkan dan merekrut para pengganas tetapi sebaliknya Amerikalah yang memainkan peranan yang utama dalam hal itu. Hasil kejayaan terbesar Amerika dalam hal ini adalah dari perbuatan kejam dan kesombongan Israel, negara pengganas anak didikan Amerika.


Adalah sangat mendukacitakan apabila Amerika berlagak seperti tidak mengetahui atau berpendapat tindakan tentera Israel itu sebagai bukan pengganas. Peristiwa zalim pembunuhan para sukarelawan bantuan kemanusiaan dan pelbagai peristiwa pembunuhan dan penganiayaan rakyat Palestin oleh tentera Israel hanya dianggap seperti suatu perkara yang biasa dan lumrah. Dasar ini menggambarkan Israel adalah benar-benar anak emas Amerika dan bantahan negara-negara yang menentang dasar ini terutamanya dari kalangan negara-negara Islam dan negara dunia ketiga tidak ubah seumpama anjing menyalak bukit sahaja.


Israel terus kelihataan bongkak. Ini terjadi kerana berasa begitu yakin dengan perpaduan dan kesetiaan rakyat Yahudinya. Pihak tentera dan kerajaan mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Di samping itu Israel juga tidak pernah risau terhadap dokongan Amerika. Israel sentiasa yakin bahawa negara-negara Islam juga tidak berani menyerang atau menghalang apa yang ingin dilakukannya secara ketenteraan. Israel sangat yakin bahawa senjata yang dibekalkan oleh Amerika adalah tercanggih di dunia.


Kini telah sebulan penganiayaan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap konvoi kapal membawa bantuan kemanusiaan. Telah sebulan berlalu dan bantuan masih tidak disampaikan sepenuhnya. Peristiwa ini kelihatan hampir atau telah dilupakan. Ini adalah kerana dunia sedang kemaruk bola dan tanpa disedari sebenarnya Yahudi sengaja telah merancang untuk menyerang Palestin di musim sukan bola piala dunia.


Segala tindakan untuk memulau dan menyekat ekonomi dan perdagangan luar Israel juga tidak berjalan dan berkesan. Ini adalah kerana tiada perpaduan dan kesepakatan sebagaimana perpaduan dan kesepakatan yang diamalkan oleh rakyat dan tentera Israel. Sokongan dan dokongan juga tidak selaras dan kolektif. Hal ini melemahkan tindakan pemulauan. Tiada kesepakatan sebenar. Negara-negara Islam juga tidak berani menggunakan Pertubuhan Negara-negara Islam Dunia. Mereka masih takut kepada bayang-bayang Amerika.


Saranan memulaukan barangan dan perdagangan yang mempunyai kepentingan Israel juga tidak lancar, tidak berkesan dan gagal. Israel seolah kelihatan sedang mentertawakan negara-negara yang coba memulau dan membekukan perdagangan Israel. Tiada apa yang Israel perlu bimbangkan. Ini adalah kerana sebarang tindakan pemulauan perdagangan yang ada kepentingan Israel telah menjadi nadi keperluan dalam sesebuah negara itu sendiri. Jika barangan Israel dipulaukan maka kesusahan hidup berbalik kepada pelaku dan rakyat negara itu sendiri. Inilah sistem dan strategi yang telah dipaksakan oleh Yahudi tanpa disadari.


Hanya melalui Islam sahaja Yahudi boleh dilumpuhkan. Tetapi manusia Islam akhir zaman tidak memiliki ketebalan iman. Ini juga adalah kerana kejayaan Yahudi melalaikan umat Islam dengan sistem hidup berdasarkan landasan nafsu-nafsi dan pengukuran standard atau mutu barangan dan perkhidmatan mengikut kepuasan. Selagi manusia takut mencagar jiwa dan nyawa untuk melawan Yahudi, maka selagi itulah mereka tidak akan dapat ditundukkan.Selagi manusia gairah hidup dan bernafsu dan tidak mengenal kesederhanaan dan akhlak keikhlasan dan ketulusan, maka selagi itulah Yahudi Israel bermaharajalela. Mereka adalah manusia yang dianugerahkan kelicikan dan berupaya menipu dunia hingga kiamat. Hanya dengan nyawa mereka tidak akan berani kerana pada hakikatnya Allah telah memberitahu kita bahawa mereka Yahudi diciptakan Allah sebagai manusia yang takut mati. Ini adalah kerana mereka tahu ke mana mereka pergi setelah mati.Mereka Yahudi adalah penghuni neraka kerana menyombong diri kepada Allah. Mahukah kita bersama mereka di sana nanti??


Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Polis Biadab, Anak Raja Bugis Murka

0 comments

APABILA ANAK RAJA BUGIS MURKA

Kebiadapan Polis Ingin Diamoki Di Jiwa Warisan Bugis


Pada hari minggu lepas, tidur Tun Sheikh terjaga oleh deringan telefon yang berdering-dering. Tun Sheikh tertidur ketika sedang membaca berita mengenai karenah polis kita yang telah tidak disenangi rakyat kerana cuai dalam tanggongjawab dan melampau biasnya kerana terlalu menjaga kepentingan politik pemerintah. Apabila menjawab panggilan, Tun Sheikh mendapati Pak Engku Raja yang Tun Sheikh hormati menelefon dan beliau seperti dalam keadaan tidak berpuas hati dan marah-marah. Apabila Tun Sheikh mengamati dan memberi tumpuan, rupa-rupanya bukan Tun Sheikh yang dia marahi kerana tidak menjawab sebanyak 4 kali panggilannya sejak jam 7 hingga 9 pagi tetapi beliau sangat marah kepada polis kita.


Beliau naik angin selepas membaca berita di suratkhabar perdana. Seperti biasa mutu berita suratkhabar perdana memang telah tiada dari segi penekanan fakta kesahihannya kerana ditulis mengikut selera Melayu UMNO. Terlalu banyak provokasi dan memihak kepada kerajaan walaupun pada kebenarannya ialah kebatilan dan kezaliman atau telah berlaku penganiayaan. Segera Tun Sheikh teringat berita polis sebelum tertidur dan kami mempunyai pandangan yang sama bahawa polis kita sebenarnya sedang menerima tekanan bukan daripada rakyat tetapi daripada bos-bos mereka yang terikat dengan orang politik. Sudah tentu dalam keadaan begitu dan pada lumrahnya anggota-anggota dari pelbagai pangkat dari pegawai kepada prebet yang tidak berdisipilin dan bermaruah serta memiliki pemikiran jahat akan mudah menangguk di air keroh. Ini selesa dilakukan kerana ketua mereka sendiri sedang tertekan dan hilang punca. Inilah satu daripada akibat apabila bos besar mereka mabuk dan tersalah menggunakan kuasa kerana terikat dengan kepentingan diri dan tokoh politik.


Intergriti kepolisan negara kita telah lama jatuh menjunam di mata dunia dan ini amatlah dikesalkan kerana mereka tidak lagi dipercayai dan diyakini oleh pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di sini. Pandangan ramai berharap polis segera kembali semula mesra rakyat dan memberi bantuan dan perlindungan yang cepat dan pantas kepada setiap individu yang teraniaya kerana perlakuan jenayah tanpa memandang perbedaan bangsa dan pemikiran politik yang berlainan. Polis juga diminta tidak menerima dan menolak sistem perkhidmatan kontrek yang dinikmati oleh ketua-ketua yang telah wajib bersara kerana kesalahan menggunakan kuasa dan kepentingan diri tidak menggugat gaji dan pencen mereka. Ini menyebabkan mereka hanya memberi fokus kepada kepentingan politik untuk mendapat lanjutan kontrek bekerja dan menyalahi kuasa yang ada pada mereka. Polis sebenarnya sedang terperangkap dengan budaya berperibahasa ikan busuk di mana badan dan ekornya sedikit demi sedikit akan menjadi busuk kerana kepala atau bos besarnya busuk.


Ilmu strateji keamanan telah salah digunakan dan hanya tertumpu untuk faedah dan kepentingan tokoh politik. Contohnya tindakan polis yang menerima arahan atasan supaya menutup semua laluan ke ibukota yang sedang dikawal kerana rakyat sedang berdemonterasi. Akibatnya segala urusan dan aktiviti rakyat lain yang tidak terlibat telah terganggu dan menghadapi kesulitan dan kerugian dan kerajaan dengan selamba telah menyalahkan para demonterasi. Padahal demonterasi sebenarnya tidak bercanggah dengan amalan pemerintahan demokrasi berparlimen. Sekatan dibuat atas alasan keamanan dan keburukan dan hasutan rasa benci secara terang-terangan dikenakan kepada para rakyat yang mengadakan demonterasi itu. Padahal pihak polis yang terlatih dan cekap boleh memastikan keamanan dengan cara lain malah lebih baik daripada itu. Tetapi mereka seperti tiada pilihan kerana bos besar telah mengeluarkan arahan dan pada hakikatnya arahan itu adalah untuk kepentingan politik.


Polis dan kerajaan dengan bangga dan sombong menganggap mereka bijak dan berjaya mengawal keamanan tetapi di mata pemerhati luar, tindakan itu sebenarnya umpama menyediakan taligantung yang akhirnya akan menjerut leher sendiri. Ini adalah kerana kecekapan polis dan kehebatan mereka mengikut standard dunia bukanlah terhadap bias dan pro mereka terhadap kerajaan lebih-lebih lagi jika tindakan yang diambil sengaja mencetuskan tekanan kepada rakyat yang tidak terlibat seperti dalam hal menyekat laluan dan menyusahkan rakyat lain itu tadi. Mengikut penilaian dunia, yang terbaik ialah mengawal keamanan rakyat termasuk para demonterasi ketika berlaku perhimpunan awam seumpama itu tanpa memihak kepada sesiapa pun.


Pak Engku Raja juga menyentuh isu raja dan mengingatkan malah meminta Tun Sheikh menulis tentang kebiadapan Melayu UMNO memanggil sultan sebagai binatang, membuat provokasi sehingga sultan Perak dibaling telur dan sultan Selangor melatah seolah-olah mengusir ulamak pembangkang dengan tanpa ilmu atau kebijaksanaan gara-gara dinasihati oleh ulamak jahat. Beliau berkata bahawa pandangan ulamak muktabar terhadap Melayu UMNO dengan kuasa yang ada pada mereka adalah begitu jahat dan sentiasa menggunakan tipu helah dan muslihat kotor. Melayu UMNO sebenarnya sedang mengundur ke arah jurang yang akan menggelincirkan diri dan nafsu mereka serta akan terkubur dengan penyesalan dan kehinaan. Melayu UMNO mestilah berbalik ke pangkal jalan dan bertawadhuk semula kepada Allah dan mengagongkan agama Islam di Negara ini jika yakin PAS gagal melaksanakannya kerana dianggap lemah dari segi kuasa dan ekonomi dan juga terhadap budaya tamadun sejagat.


Tun Sheikh memberi pandangan kepada Pak Engku bahawa Tun Sheikh bersikap berkecuali dalam politik dan tidak bias kepada sesiapa terutama objektif penulisan dan pandangan dalam blog Tun Sheikh.Pak Engku bersetuju dan mengingatkan jika benar Tun Sheikh memperjuangkan keadilan dan beramal dengan kebaikan serta menolak kemungkaran berpandu dan bersumber Quran dan Sunnah maka buat dan tulislah demi kerana Allah, insyaallah Tuhan akan memelihara dari fitnah jin dan manusia. Beliau mendoakan perjuangan Tun Sheikh sambil berkias bahawa beliau tidak menikmati politik kerana terkawal atau terpelihara dengan larangan berpolitik kepada kerabat diraja.


Walau bagaimana pun, Pak Engku Raja sempat juga memberi pandangan bahawa sebenarnya polis kita pun sudah lupa dek kealpaan. Mereka belum bertemu ruas, beliau percaya polis yang zalim atau bodoh mengikut ketua yang zalim akan berhadapan dengan rakyat yang lemah tetapi dikurniakan Allah dengan semangat jihad fisabillillah dan keramah kepada orang teraniaya dan dizalimi polis. Tun Sheikh kurang faham dan secara tegas beliau berkata jangan lupa kepada tentera selindang merah malah silap-silap ahli pekida dikurnia keramah dan berpaling tadah kerana di belakang mereka ialah orang-orang alim dan dekat kepada tuhan dengan penyerahan jiwa. Mereka benci kezaliman dan kesombongan. Polis hendaklah amanah, lapor dan belalah orang yang dianiaya jangan menyediakan laporan kelihatan seperti jenayah yang melindungi sipenjenayah.


Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

KESESATAN MANUSIA MELAYU

0 comments
MELAYU SESAT DAN PANDANGAN MENYESATKAN

Mahukah kita terus mengikut sangkaan atau pandangan datuk nenek moyang kita yang sesat setelah kita diberi akal dan petunjuk untuk berfikir? Atas dasar apa fikiran kita dianggap betul dan tidak sesat? Siapa kita dan ke mana arah tuju kita? Siapakah musuh kita yang nyata? Siapakah mereka yang merosak fitrah? Siapa Melayu dan Melayu yang bagaimana kita harus ikut?

Kepada sesiapa yang mengaku Melayu dan terasa boleh menjawabnya dipersilakan membuat perkiraan sendiri. Jika tidak bersetuju, itu adalah hak dan pilihan masing-masing dan bertanggongjawablah ke atasnya. Itulah pandangan dan kebebasan dalam budaya Melayu moden, Melayu kontemporari. Apa yang tertera di sini hanyalah satu prinsip dan milik atau pilihan sendiri secara peribadi. Tidak perlu ada pertelingkahan dan permusuhan.

Jawapan kepada kesanggupan terus berada dalam kesesatan seperti datuk nenek moyang kita sudah tentu kita menolaknya kerana kita tahu sejarah asal-usul Melayu dahulu adalah kafir animisme menyembah pokok, gunung, petir, batu dan lain-lain. Kemudian datang ilmu dan kebudayaan yang bertambah baik maka bertukarlah datuk nenek moyang kita dari animisme yang tidak berugama kepada beragama hindu. Bertukar lagi kepada yang lebih adil dan praktis mengikut fikiran ketika itu kepada Hindu-budha dan apabila ajaran budha menjadi domain jadilah kita berugama budha. Selepas itu datang pula Islam yang melapangkan dada dan dengan jaminan kesempurnaan maka datuk nenek kita berubah pula kepada Islam.

Hingga ke hari ini Islam belum dapat dicabar oleh mana-mana tamadun manusia di dunia. Kita bernasib baik kerana kita mewarisinya. Tetapi adakah cukup hanya mewarisinya sahaja? Kini ada ura-ura dan usaha suatu kelompok manusia dengan bantuan makhluk gaib yang cemburu dan dengki dan sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk menyesatkan kita dari pelbagai bidang, pelbagai sudut dan pelbagai dimensi. Mereka sangat arif kelemahan Melayu kerana mereka mengenal kita sebelum kita lahir lagi dan ancaman mereka sangat tersusun, bersistematik dan berterusan. Mereka adalah syaitan manusia, Yahudi dan Nasrani dan syaitan laknatullah.

Bagaimana pula kita mengetahui fikiran dan pandangan kita yang kini telah kita jadikan budaya adalah betul, lurus dan tidak sesat? Tentu sekali kita akan sesat dari kebenaran jika apa yang kita warisi adalah hanya mengikut adat dan pandangan yang begitu mudah untuk berubah-ubah mengikut perkembangan dan selera kita. Tetapi tentu sekali tidak jika setiap dasar kebudayaan itu ada tercatat dalam rekod yang kita tidak boleh ubah susuka hati kita.

Maka jika kita memahami sejarah dan berilmu untuk membuka pandangan dan meluaskan pemikiran sebagaimana garis panduan adat kebudayaan, kita juga akan pasti bahawa ketetapan manusia itu juga akan dan boleh berubah kerana kita yang menguasainya. Dan ini terbukti kepada segala sejarah agama yang wujud kerana falsafah pemikiran dan adat kebudayaan, tetapi tidak kepada Islam kerana agama Islam adalah perinsip adat dan kebudayaan untuk manusia bagi menjalani penghidupan ini dari Sang Pencipta. Bagaimana kita boleh tahu ini semua jika kita juga tahu fikiran dan akal tertawan atau tertakluk kepada adat dunia. Kita mengetahuinya dengan fitrah, naluri dan firasat atau perasan yang diwujudkan dalam diri kita.

Tetapi musuh kita yang nyata telah bersumpah dengan nama Allah untuk memesong dan menyesatkan kita. Dia tahu bahawa dia akan gagal jika dia menzahirkan diri. Dia malah yakin akan gagal jika kita mengikut petunjuk Allah. Dan dia tahu bahawa dunia ini telah diperuntukkan kepadanya sebagai syurga sepanjang hayat dunia. Dan dia tahu dia akan menjadi makhluk yang celaka dalam neraka setelah mati. Dia sungguh bijak menikmati syurga dunia yang dianugerahkan kepadanya. Dan dia itu adalah iblis dan anak-cucu keturunannya. Jika kita tidak mengenalnya maka bukan saja sesama Melayu akan bermusuhan tetapi sedarah keturunan anak-beranak pun boleh berbunuhan lebih-lebih lagi kita adalah target utama iaitu musuh mereka dan khusus pula yang beragama Islam.

Jadi kebebasan berfikir dan mencipta adat resam dan amalan hidup seharian oleh Melayu Islam ini atas dasar apa? Adakah atas dasar pemikiran iblis atau atas dasar petunjuk agama? Petunjuk agama itu telah diisytiharkan sebagai panduan asas berbentuk peraturan, hukum pengajaran dan sempurna dengan segala kias dan iktibar yang ditetapkan oleh Allah sebagai Al-Quran. Dan kesempurnaannya dihalusi dengan penerangan dan penjelasan supaya tidak ditipu oleh syaitan melalui kupasan sunah dan hadis Nabi Muhamad SAW. Maka apakah perlu kita mencipta yang lain dari dunia kegelapan yang kita sendiri tidak mengetahuinya kerana kita bukan penciptanya.?

Akhirnya Melayu yang macam mana yang harus kita ikut…..Melayu UMNO, Melayu PKR atau Melayu PAS atau Melayu macam mana, saya yakin anda boleh menjawab sendiri dan bersedialah menerima balasan pilihan anda itu semasa hidup dan juga selepas mati.

Oleh Tun Sheikh

YAHUDI MALAYSIA YANG BIJAK

1 comments
YAHUDI AKAN PAKSA KITA MASUK KE LUBANG CACINGNYA

Tuhan telah pun memberi kita peringatan malah petunjuk yang betul tetapi kita ini degil dan bodoh sombong. Tuhan sudah beritahu supaya kita jangan berkawan dan menjadikan Yahudi itu pemimpin. Tapi kita buat tidak tahu macam tidak percaya apa yang Tuhan beritahu. Yahudi ini memang Tuhan telah kurniakan akal yang istimewa, bijak dan berkemampuan untuk menyesuaikan hidup dengan apa keadaan sekali pun. Kerana kehebatan itu mereka telah menjadi sombong kepada Tuhan seperti sombongnya Iblis dalam kelompok Jin. Yahudi adalah makhluk yang sombong dari kelompok manusia dan Tuhan telah melaknat mereka sebagai kaum yang menyebabkan porak-peranda dunia sampailah hari kiamat. Yang beriman dan kembali tunduk kepada kebesaran Tuhan di antara mereka adalah sangat sedikit.

Orang Yahudi mengenal Islam lebih baik dari kita yang menganut Islam. Mereka tahu kita di atas landasan yang betul tetapi oleh kerana mereka bersifat dendam dan dengki maka usaha utama mereka ialah supaya kita menjadi mereka. Lebih teruk lagi kita akan dijadikan hamba atau pak turut kepada mereka dari segala bidang dan segala hal. Mereka menganggap mereka tuan dan kita kena mengikut telunjuk mereka. Sebabnya, kita ini mereka anggap tidak lebih baik dari mereka yang suci dan sempurna di sisi Tuhan.

Kita seharusnya mengakui bahawa mereka orang-orang Yahuni memang mempunyai keistimewaan sebagai manusia tetapi terkutuk di sisi Allah. Sebabnya Allah sendiri telah memberitahu kita tentang apa yang ada di dalam hati mereka. Jika kita beriman dengan sepenuh tawadhuk kepada agama maka kita tidak akan dengan mudah menjadi mangsa dan hamba kepada akal pemikiran mereka. Jika kita bertawakal kepada Allah dan menggunakan petunjuk Allah dalam kehidupan ini maka mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa. Ini adalah janji Allah dan janji Allah tidak pernah bohong.

Ini adalah juga kerana mereka takut kepada kematian. Yahudi tahu bahawa kematian adalah kehinaan kepada mereka. Kematian adalah destinasi terakhir mereka menikmati kehidupan dalam kesombongan. Dan kesombongan itu adalah sumpahan Allah kepada hambanya yang menyebabkan mereka tidak layak menghuni syurga dan berada dalam kecelakaan selepas mati. Kesombongan hanyalah sifat Kemahaesaan Allah dan hanya layak bagiNya sahaja. Namun begitu sifat kesombongan dijadikan Allah sebagai dugaan kepada hamba-hambaNya. Konsep dan hakikat hidup Yahudi sebenarnya sama seperti Syaitan. Syaitan menggoda kita secara gaib dan Yahudi di alam nyata.

Yahuni pada hari ini amat mengenal kita orang Melayu. Mereka tahu bahawa kita akan menyingkap tabir kepalsuan hidup ini dan menjadi contoh umat ideal di dunia ini. Kerana sifat sombong dan hasad dengki, mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melalaikan kita. Mereka dengan mudah menyogok kita dengan pemikiran dan kebudayaan mereka yang berlandaskan nafsu tanpa sempadan dan kebebasan yang hanya dalam hayalan dan kebuasan. Mereka akan memaksa kita mengikut cara mereka hingga 100% tetapi setelah kita menjadi Yahudi mereka tetap tidak akan mengaku kita adalah sama seperti mereka. Mereka akan membongkar rahsia kepada kita bahawa kita adalah manusia bodoh yang suka meniru-niru dan mengikut cara mereka yang hebat dan tidak layak dan tidak boleh jadi mereka.

Jika kita berkahwin dengan mereka dan mengeluarkan zuriat atas nama Yahudi, jauh di dalam hati mereka tetap tidak mengakui kita sebagai mereka kerana mereka tahu dalam genetik kita, tetap ada membawa amanah nabi dan amanah agama lurus yang sempurna. Kita sahaja yang masih tidak tahu kerana kita bodoh dan ilmu ini iaitu ilmu genetik, dna dan serum chromosom adalah ilmu yang telah pun dikuasai oleh mereka.

Mereka sangat pasti bahawa apa yang tidak dapat mereka kalahkan ialah iman yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba yang Allah kehendaki. Dan oleh kerana itu mereka akan sedaya upaya berusaha suypaya manusia tidak berjinak-jinak untuk memperoleh keimanan kepada Tuhan Sang Pencipta.


Sekiranya anda faham dan yakin, insyaallah sebenarnya manusia Melayu adalah insan yang akan mengeluarkan benih memikul amanah Tuhan. Dalam genetik Melayu terdapat genetik Nabi Sulaiman dan Ibrahim dan yang terdekat dan amat dicemburui ialah genetik Nabi Ismail dan Nabi Muhamad SAW. Jika Dato' Seri Najib, Tun Dr Mahathir, Tun Hussein, Tun Razak, Tunku Abd Rahman dan Dato' Onn Jaafar tahu bahawa dalam darah mereka ada genetik nabi dan bertanggongjawab memikul amanah yang lebih besar dan hebat daripada menjadi pemimpin Melayu, tentunya pada hari ini kita dalam kebarkatan. Sayangnya mereka telah disogokkan dengan fahaman dan ilmu Yahudi yang melalaikan dan hanya memfokuskan kepada bangsa maka jadilah mereka sebagai pemimpin Melayu yang hebat di zaman mereka.

Maka tersenyumlah Yahudi kerana mereka berjaya menyekat orang Melayu dari menjadi pemimpin, pengamal dan pemikul amanah di dunia.......Kini Yahudi bukan sahaja dalam parlimen kita atau dalam sistem komunikasi dan pertahanan negara tetapi telah ada di mana-mana. Sayangnya orang Melayu yang mengaku beragama Islam masih buta kerana tidak terasa kita telah dekat kelubang cacing Yahudi dan akan terus masuk ke dalamnya dan seturusnya menjadi hamba mengikut mereka jika kita tidak kembali kepada petunjuk Allah dengan segera.....

Ya Allah, selamatkan diri, keluargaku dan keturunanku dan sempurnakanlah iman kami dalam pandanganmu. Ya Allah ...bangsaku adalah sekuturunan aku, selamatkanlah ya Allah dan Engkaulah Yang Maha Menentukan. Engkau makbulkan permintaan dan harapan hamba-hambaMu mengikut sangka hati mereka...Ampunkan aku ya Allah...Ampunkanlah kami.....

Oleh Tun Sheikh.

KETUA PENGARAH BARU

0 comments
KEJAYAAN MENGUBAH PEMIKIRAN

Kejayaan pemimpin sebenarnya adalah tepat jika diukur bagaimana kejayaannya mengubah pemikiran. Penciptaan sesuatu konsep dan dasar mahupun propaganda seseorang pemimpin memperlihatkan kekuatan aura pengaruh kepinpinannya. Nilai-nilai positif sudah tentu menjadi daya tarikan yang amat berpengaruh dan cepat menusuk hati. Hal seperti ini amat disadari oleh Tun Mahathir dan beliau boleh dikatakan diantara pemimpin yang berjaya mempengaruhi rakyat dengan cepat dan banyak, sehingga berupaya memperkenalkan sesuatu dasar yang belum difikirkan atau telahpun terfikir tetapi tiada keyakinan, tetapi berjaya dilakukan dengan mudah dibawah arahan beliau.

Maka, di era Tun Mahathir, rekod perlantikan Ketua Pengarah baru di jabatan kerajaan dan di agensi kepentingan kerajaan sangat banyak berlaku kerana beliau berusaha menyediakan dan menyiapkan jentera pelaksanaan yang akan memacu dan mencorak produk yang beliau garis atau ilhamkan sebagaimana acuan fikiran yang beliau kehendaki.Ketua-ketua pengarah yang berjaya dan berjasa telah ditawarkan kontrak pelanjutan perkhidmatan mereka hingga lanjut umur selagi kesihatan membenarkan. Tujuan dan motifnya adalah pelbagai.

Jika dibandingkan dengan era pemimpin sebelum beliau,perlanjutan perkhimatan ketua pengarah pencen tidak banyak berlaku dan jika ada pun adalah disebabkan prestasi yang benar cemerlang dan gemilang disamping tiada pengganti yang berkelayakan kerana ketika itu belum ramai yang telah sampai ke tahap yang dikehendaki itu. Ketika ini budaya melanjutkan perkhidmatan ketua pengarah pencen ini telah disalahamalkan selepas beliau kerana kecenderunganya adalah lebih kepada kepentingan politik dan peribadi pemimpin atasan. Ketika ini ia menjadi bertambah parah apabila ketua pengarah hanya mendengar ketua utama mereka iaitu menteri kementerian berkaitan.

Budaya melanjutkan perkhidmatan ketua pengarah yang telah wajib pencen ketika ini sebenarnya tidak relevan dan tidak perlu lagi kerana tokoh-tokoh dan para timbalan telah ramai dan berkemahiran tinggi dalam profesion atau kerjaya mereka.Perlantikan terhadap ketua pengarah pencen ketika ini yang lebih kepada kepentingan diri dan mempunyai unsur bias perlu dihentikan segera.

Contoh yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat ketika ini ialah mengenai perkhidmatan ketua polis negara yang banyak kedengaran pro dan kontranya. Sebelum isu ini timbul, penulis telah lama berpendapat budaya pelanjutan perkhidmatan ketua pengarah pencen ini dihentikan segera kerana telah membawa imej yang tidak baik kepada para peminpin. Lebih-lebih lagi di zaman ini telah terlalu ramai orang yang layak dan berkebolehan serta berpelajaran mahupun berkemahiran sebagai pengganti.

Mereka yang telah pencen dan berkhidmat secara kontrak di jabatan yang sama pula tidak terikat dengan denda dan hukuman pembatalan pencen jika melakukan jenayah. Jika benar perkhidmaatan mereka diperlukan adalah lebih baik mereka dilantik dalam agensi swasta yang mempunyai kepentingan kerajaan daripada terus memegang jawatan lama dan bebas mengguna pengaruh dan kuasa mengikut kehendak para menteri atau pemimpin politik tertentu.

Sehubungan dengan itu, pemimpin ketika ini perlulah memahami dan membuat tindakan bijaksana supaya tiada lagi ketua pengarah pencen dilanjutkan perkhidmatan dengan kontrak perkhidmatan di jabatan yang sama apabila telah sampai usia wajib bersara atau pencen. Mereka perlu mengetahui trend atau budaya yang telah digunapakai ketika era Tun Mahathir dan juga di era pemimpin sebelum Tun Mahathir. Objektif utama sebelum ini ialah keperluan kerana ketiadaan tenaga mahir dan pelaksana berkualiti dan cemerlang untuk memastikan kejayaan progaram pembangunan yang diilhamkan.

Oleh Tun Sheikh

KETUA PENGARAH PENCEN

0 comments
BERPERANAN ATAU KENA MAINKAN PERANAN

Di era kemerdekaan atau difokuskan saja di era Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri dari 1955 hingga 1970, pejawat awam yang memegang ketua jabatan atau kini dikenali sebagai Ketua Pengarah adalah mereka yang sangat penting, berwibawa dan sangat diharap memberi bukan sahaja kerjasama tetapi menyokong dan mendokong kepimpinan Tunku. Budaya seperti ini sehingga kehari ini masih diamalkan. Ketika itu orang Melayu sangat kurang yang berkelayakan menjawat jawatan yang penting itu. Hanya semangat kemerdekaan yang menghangatkan semangat ketua-ketua jabatan yang majoritinya dari pelbagai kaum bukan Melayu. Ketua-ketua jabatan ini telah melicinkan jentera kerajaan pimpinan Tunku kerana mereka dapat merasakan kesegaran keikhlasan Tunku yang melayan rakyat Tanah Melayu secara adil dan samarata tanpa mengira perbedaan kaum.

Orang Melayu yang menjadi ketua jabatan boleh dikira dengan jari dan mereka pula majoritinya berminda English Centric.Walaupun terdiri pelbagai kaum tetapi oleh kerana kesemuanya boleh dikatakan berpendidikan Inggeris maka tiada masalah perhubungan dan pelaksanaan dasar yang kena mereka laksanakan. Mereka dapat melakukan dengan baik dan mereka kelihatan ikhlas memikul tugas dan amanah yang dipercayakan.

Di era Tun Razak pula (1970-1976) banyak jabatan baru ditubuhkan. Pegawai-pegawai Melayu berpendidikan Inggeris diangkat menggantikan ketua-ketua jabatan lama. Fahaman dan budaya pemikiran masih berpaksikan Inggeris. Pegawai-pegawai Melayu ini banyak didedahkan merancang pembaharuan dan dasar-dasar jabatan. Majoritinya adalah Melayu tetapi pemikiran dan pengaruh minda mereka masih berkiblat ke barat khususnya Britain. Mereka juga dapat melaksanakan tanggongjawab dengan baik dan membuktikan bahawa pegawai-pegawai Melayu memang berupaya dan juga bekualiti seperti orang Inggeris dan juga bukan Melayu yang berpendidikan Inggeris.

Di era Tun Razak, banyak pegawai-pegawai tinggi kerajaan terutamanya bukan Melayu melepaskan jawatan berpindah ke swasta. Mereka meninggalkan karier sebagai penjawat awam bukan kerana diskriminasi atau digalakkan berhenti tetapi adalah kerana ketika itu peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta lebih menarik dan menawarkan gaji dan pelbagai daya tarikan yang jauh lebih baik dan lumayan dari kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Ketika itu pelbagai pembangunan dimajukan dan pelbagai jawatan berkemahiran dan berpengalaman diperlukan bagi mengisi kekosongan yang wujud akibat program-program pembangunan itu sendiri sama ada projek-projek milik kerajaan mahu pun swasta.

Di era Tun Hussein (1976-1981), jawatan-jawatan ketua jabatan mula dikuasai majoriti orang Melayu tetapi masih yang berpendidikan Inggeris. Apa bila pencen atau bersara dari perhkidmatan awam mereka mula pula menerajui syarikat-syarikat milik kerajaan. Kemahiran dan kepakaran mereka diperlukan bagi menggerakkan fungsi dan objektif syarikat milik kerajaan atau yang ada pelaburan kerajaan di dalamnya.Mereka ini masih terikat dengan kumpulan pejawat yang bersentrik Barat. Ada yang berjaya memajukan instutsi yang diamanahkan dan tidak kurang juga yang gagal. Ketika ini tenaga pakar atau intelek bukan Melayu terutamanya dari kaum Cina kebanyakan atau majoritinya telah tidak berminat lagi untuk berkhidmat dengan kerajaan sebagai pilihan utama. Ini adalah kerana mengikut jejak langkah dari mereka yang telah mendahului meninggalkan sektor awam di era Tun Razak dan berkecimpung dalam dunia swasta telah memperlihatkan satu standard sosial dan ekonomi yang tinggi berbanding dengan pegawai-pegawai tinggi Melayu dan bukan Melayu di jabatan-jabatan kerajaan.


Di era Tun Mahathir (1981-2003), perkembangan keadaan ketua-ketua jabatan atau ketua pengarah amatlah rencam. Ini adalah kerana Tun Mahathir bukan sahaja sebagai seorang tokoh yang berwawasan jauh tapi adalah juga kerana tempoh kepimpinannya menerajui pentadbiran negara adalah begitu lama iaitu selama 22 tahun. Beliau berjaya melaksanakan pelbagai perubahan dan pembaharuan. Beliau juga banyak mewujudkan kesan negatif setelah bersara kerana ada diantara wawasannya gagal difahami dan dilaksanakan mengikut pemikiran beliau.

Tun Mahathir sangat banyak campurtangan dalam hal tindakan dan perlaksanaan yang dipetanggongjawabkan kepaada jentera pentadbiran negara. Ramai ketua-ketua jabatan yang tidak dapat memahami wawasan beliau dipinggirkan. Dan pada era beliau ramai ketua-ketua jabatan yang disenanginya disambung kontrek perkhidmatan hingga menjadi suatu budaya kerja terancang dan teracuan mengikut kehendaknya. Banyak baik dan banyak juga buruknya. Pelbagai pembangunan dan kemajuan dicapai. Disamping itu banyak juga kebiasaan dan penyakit dalaman pejawat awam terwujud tanpa disedari. Kumpulan-kumpulan kroni dan pelbagai kelompok termasuk yang desprate teruwujud secara langsung dan tidak langsung.

Apabila Tun Mahathir bersara, pengganti beliau Tun Abdullah (2003-2008)gagal mengesan dan menetralkan gelombang kelompok yang berbeda minda dan fahaman ini hingga hampir-hampir melumpuhkan jentera pentadbiran beliau sendiri. Budaya memanjangkan kontrek ketua jabatan pencen tidak lagi berteraskan acuan Tun Mahathir yang mementingkan pembangunan moden bagi menggerakkan tindakan dan pelaksanaan berkesan. Tetapi telah dijadikan pengaruh politik dalam pentadbiran awam. Ketua pengarah pencen yang disambung perkhidmatan lebih kepada tujuan menyelamatkan perhubungan jabatan perdana menteri dan kepentingan politik. Ini telah menyebabkan Tun Abdullah seolah-olah tertikam dari belakang atau dari sahabat yang mempunyai tangan-tangan gaib. Meskipun begitu Tun Abdullah wajar diberi simpati kerana benih-benih beban yang dipikul beliau sebenarnya tersemai dan matang di era Tun Mahathir.

Budaya politik wang yang juga turut menular dalam pentadbiran awam telah memberi impak yang sungguh negatif. Di era Tun Abdullah bangkai-bangkai projek yang gagal dan rasuah mula terhidu dan sangat kuat baunya. Seluruh negara ada saja laporan projek pembangunan yang tidak mengikut spesifikasi dan ada yang runtuh dengan sendirinya meskipun baru dibina. Mujur tiada korban jiwa awam yang besar. Tuding menuding berlaku sesama jabatan dalam jentera kerajaan.

Di era Dato' Seri Najib (2008 - sekarang)kelihatan beliau bersungguh-sungguh ingin memulihkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan pimpinan beliau.Beliau juga telah meneruskan budaya melanjutkan kontrek perkhidmatan ketua jabatan. Seharusnya beliau maklum bahawa saranan menggerak dan menjana tenaga baru adalah alternatif terbaik bagi menghargai tenaga baru daripada meneruskan tradisi yang telah ternyata membawa kesan yang kurang baik.Maka hingga ke hari ini beliau kelihatan letih dan seperti bekerja sendiri dengan kumpulan yang kecil kerana semua ketua pengarah terikat secara langsung kepada menteri kabinetnya dan kesetiaan mereka adalah mengikut kehendak menteri bukan Perdana Menteri sebagaimana di era Tun Mahathir dan sebelumnya.

Perkhidmatan sebagai ketua jabatan secara kontrek pula tiada risiko dan ancaman peribadi kepada kepentingan diri penjawat berkenaan. Apa yang penting ialah imbalan yang diberi oleh menteri mereka maka jadilah mereka tercucuk hidung tidak lagi berdaya saing sebagaimana acuan cantik yang direka oleh Tun Mahathir. Impak yang besar akhirnya akan kembali kepada rakyat dan kerajaan akan gagal jika rakyat sendiri telah hilang kepercayaan. Maka adalah wajar saranan supaya perkhidmataan semua ketua pengarah pencen tidak dilanjutkan bagi memberi laluan muka baru yang lebih bertenaga dan bersemangat.

Itulah yang kelihatan sekarang seperti di jabatan perundangan dan jabatan-jabatan penting kerajaan yang berfungsi sebagai pemungut hasil dan pendapatan negara. Malah rakyat telah mula rasa tertekan dan akan berasa bosan apabila diri terpaksa menghadapi kegawatan ekonomi yang sempit dan getir dan amatlah teruja apabila mendapati pada waktu yang sama negara kita adalah diantara sebuah negara di dunia yang mempunyai kekayaan dari pelbagai sumber.

Oleh Tun Sheikh

MULIAKAN UNDANG-UNDANG JANGAN DIPUNTAL LIDAH BERCABANG

0 comments
APABILA MANUSIA MEMBUAT HUKUM

Ada suatu keyakinan dalam melaksanakan sesuatu program atau pekerjaan pada diri seorang atau orang tertentu, apabila menghadapi masalah biasanya mereka yang kreatif dan berfikir panjang begitu yakin bahawa semua masalah boleh diatasi kerana kita adalah manusia dan kita yang membuatnya. Keyakinan ini amat baik bagi menafikan rasa putus asa apabila sesuatu ikhtiar yang dicoba gagal mengatasi masalah yang dihadapi. Selalunya orang yang berkeyakinan seperti ini memang orang yang kukuh pendirian dan tidak cepat menyerah kalah.

Jika ditinjau di sudut agama Islam hal ini boleh diertikan bahawa kita adalah manusia yang diberi pangkat khalifah di muka bumi ini. Kita diberi kuasa dan kita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Hubungkaitannya ialah kita adalah punca dan berkuasa ke atas yang lain dan tentunya sebarang masalah yang timbul boleh diatasi dengan kemampuan akal kita sendiri. Walau bagaimana pun kita perlu berusaha dan berikhtiar memeras akal fikiran mencari idea. Fikiran yang kreatif adalah lubuk atau gedung penyimpan maklumat penyelesaian segala masalah.

Sayangnya suatu perkara yang sering terabai di sudut akal yang kreatif dan baik ialah untuk kembali dan merasa tawadhuk kehadirat Illahi. Ini adalah kerana sifat manusia memang terfitrah dengan kelemahan. Adalah sangat malang jika manusia tidak mengetahui bahawa dengan kelemahan secara fitrah ini Allah sulami pula dengan sifat membangga diri dan kesombongan.

Akibatbatnya terlahirlah manusia yang kreatif dan bijak tetapi sombong dan sering memperlekeh orang lain kerana terfikir dirinya lebih baik. Apabila ada diantaranya menjadi pemimpin, mereka tidak terpisah dengan keyakinan diri bahawa segala sesuatu masalah itu boleh diatasi kerana puncanya adalah manusia sendiri. Falsafah Kita yang buat dia menjadi motto dalam jiwa mereka tanpa sedar bahawa kecacatan yang dibawa bersama ialah tidak ada rasa tawadhuk kepada Yang Maha Agong Sang Pencipta.

Apabila hal ini berlaku maka amat jelaslah segala perundangan dan hukum yang diwujudkan adalah mengikut fikiran kreatif mereka. Mereka merasa sungguh bangga kerana mengadakan atau mencipta perundangan, peraturan dan hukuk-hukum hidup. Mereka telah lupa bahawa soal hukum telah ada ketetapan di sisi Allah. Allah menjannjikan kepada manusia sebagai khalifah di bumi hendaklah memegang dan mengikutnya kerana ia beperanan sebagai petunjuk dalam mengharungi kehidupan yang selamat di bumi. Petunjuk dari Tuhan Sang Pencipta Yang Amat Mengetahui di mana sempadan kawasan yang kukuh dan disebaliknya.

Justeru jika kita faham dengan persoalan asas pembuat hukum oleh manusia dan asas hukum-hukum ketetapan Allah sebagai petunjuk maka dengan sendirinya kita akan dapat gambaran apa akan berlaku dimasa hadapan. Jika kita berbalik kepada ketetapan hukum Allah, ada suatu maksud hukum yang menjelaskan bahawa manusia akan binasa apabila hukum Allah tidak dipatuhi. Mereka akan ditimpa bencana hasil dari tangan mereka sendiri.

Apabila kita hubungkan kedudukan hukum dan perundangan ciptaan manusia yang sedang kita amalkan maka kepada hati dan jiwa yang hidup tentu akan merasa gelisahnya. Lihat sahaja kes kerajaan Perak yang seolah-olah sedang berada dalam kesesatan dan kecelaruan kerana hukum manusia adalah buatan manusia dan diyakini boleh berubah oleh mereka yang berkuasa. Hukum yang dicipta tidak dimuliakan maka terjadilah pelbagai percanggahan. Keputusan yang dikeluarkan mahkamah boleh berubah seolah tiada keotentikannya.

Belum lagi berkesempatan kita memikirkan kes-kes besar yang lain seperti kes liwat, kes rasuah para hakim, pecah amanah dalam kepolisan, pelbagai kes kepimpinan tertinggi negara tetapi disudut hati kecil kita seolah-olah telah mengetahui siapa yang bersalah dan siapa yang akan terhukum. Lebih malang apabila kita lebih cepat mengesan berlakunya penganiayaan dalam perundangan buatan manusia kerana maruah penghakiman negara telah tercemar dan terhakis kerana dipengaruhi oleh oleh tangan-tangan yang berkuasa yang yakin dengan falsafah kita yang buat dia........ Maka kepada jiwa yang hidup dan mencintai kebenaran bersiap-siaga segera terhadap bencana yang Tuhan janjikan. Ini adalah kerana janji Tuhan tidak pernah bohong....Paling tidak dan dalam keadaan lemah marilah kita berdoa semoga Tuhan memberi petunujuk kepada kita semua, kepada pemimpin dan kepada negara yang kita cintai ini.

Oleh Tun Sheikh

ALLAH KALIMAH DICEMAR ATAU TERCEMAR

0 comments
ALLAH KALIMAH SUCI


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kita yang mengaku malah bersaksi, menjadi saksi, menyaksikan dan sebagai saksi berimankan Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama yang kita anuti adalah bertanggongjawab dari segi aqaidnya bahawa kita mesti memandang suci dan memuliakan kalimah Allah. Mengagongkan kalimah Allah dengan kefahaman, pengertiaan dan kesadaran bahawa Allah tidak satu, dua, tiga atau berbilang tetapi Esa dan sifat Esa itu adalah Allah sahaja mengetahui dan selayak bagiNya. Tiada suatu apa pun yang bersekutu dangan Allah dan tidaklah dapat kita fikirkan Allah itu macamana tetapi kita yakin sepenuh hati malah sepenuh jiwa raga dan nyawa bahawa Allah dan kewujudanNya adalah sangat-sangat Maha Suci dana tidak serupa dari segala apa yang akal kita dapat fikirkan.
Letakkanlah kefahaman dan rasa mengagongkan nama Allah ini dalam hati, dalam kalbu, dalam akal, dalam jiwa, dalam perasan, dalam ingatan dan dalam penglihatan dengan sandaran bahawa Allah wujud dengan sifat KemahaesaanNya dan nafikanlah dengan kesadaran penuh kefahaman bahawa Allah Tuhan yang kita sembah itu tidak boleh dan tidak serupa dengan segala sesuatu yang dapat akal kita gambarkan. Tiada Tuhan melain Allah. Titik!
Kita dituntut berusaha melihat-lihat Tuhan dalam segala keadaan tetapi jika sadar dengan kelemahan azali yang telah Tuhan fitrahkan kepada akal kita manusia, bahawa kita TIDAK akan berupaya melihat tuhan, maka hendaklah kita walau dengan terpaksa, yakin dan percaya bahawa Allah tetap melihat kita dengan sifat KemahaesaanNya dan kita tidak terhijap sebesar zahrah pun di sisi Nya. Keyakinan pengertian tentang ketuhanan ini dinamakan tauhid uluhiayah. Tauhid yang mahasuci daripada sebarang tanggapan dan kefahaman yang dapat difahami oleh akal manusia.
Lebih jauh lagi, apabila akal fikiran kita terlintas dengan sifat-sifat Allah yang macam mana maka seketika itu juga hendaklah kita ketahui bahawa fikiran maya kita itu telah diresapi syaitan musuh Allah, musuh kita manusia dan serta merta hendaklah berhenti dari terus memikirkan persoalannya. Syaitan yang sifatnya gaib itu pada hakikatnya adalah amat nyata permusuhannya terhadap kita manusia. Musuh kita yang nyata itu hakikat nyata segala bentuk sifat dan keciriannya adalah melalui perkhabaran yang kita terima dari Allah tuhan kita . Allah, Tuhan Yang Maha Suci itu adalah tuhan juga kepada syaitan yang telah dilaknatiNya. Allah juga adalah tuhan segala sesuatu. Kita mendapat petunjuk dari Allah pencipta kita melalui penerangan, penyampaian dan penjelasan para-para rasul dan nabiNya.
Bagaimana pula jika ada makhluk lain daripada manusia pula mendakwa mereka berupaya melihat Allah? Kita hendaklah mengetahui dan faham dengan penuh kesadaran bahawa makhluk terbaik dan sempurna yang dicipta oleh Allah adalah manusia. Ini bererti manusia sahaja yang tertinggi darjat penciptaannya oleh Allah daripada sebarang makhluk yang lain. Manusia juga makluk yang dicipta dengan sempurna dan kesempurnaan bentuk dan kecirian manusia yang dicipta Allah itu dimahkotakan dengan akal. Dengan kesempurnaan akal dan Allah sendiri telah mengatakan manusia itu adalah lemah maka mana mungkin ada makhluk yang dibawah darjat kempurnaan penciptaan seperti kesempurnaan penciptaan manusia boleh atau diberi keistimewaan melihat Allah. Ini memang tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Dan memang telah Allah swt terangkan dan juga mengaku bahawa akal yang sempurna pun yang dicptakan itu adalah bersifat lemah maka memang tentu tidak berupaya dan boleh memikirkan Tuhan pencipta.
Terus sampai pula persoalan bahawa Allah tuhan yang kita sembah dibawah pengajaran agama Islam adalah Allah Yang Maha Esa tuhan sekalian alam. Sehubungan dengan itu apakah masalah dan persoalannya manusia lain tidak kira dari agama apa menggunakan nama Allah sebagai tuhan juga?
Masalah dan persoalan adalah sebenarnya masalah kita sendiri. Allah sendiri mengaku bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam. Allah juga menyuruh kita bertanya siapakah tuhan mereka dan mereka akan menjawab Allah juga. Allah yang kamu sembah yang mencipta kamu dan kami. Sama saja. Di sini kita hendaklah mengetahui kefahman dan pengertian sama bertuhan Allah yang sama ini adalah bertauhidkan rububiah iaitu secara amnya Allah memang tuhan sekalian alam. Yang berbedanya adalah penerimaan Allah meletakkan makhluknya yang tahu dan mengaku bahawa Allah itu adalah tuhan. Manusia yang terima Allah adalah manusia yang mengaku bahawa Allah adalah tuhan yang Mahaesa dan tiada sekutu dengan segala sesuatu.
Adapun selain daripada itu adalah terbatal dan tidak diakui Allah. Ini adalah kerana manusia itu sendiri yang memandai-mandai memberi sifat kepada Allah sehingga kemahasucian dan kemahaesaanNYa tercemar dan dicemar. Makan Allah telah pun mengancam mereka dengan apa yang mereka katakan dan apa yang mereka yakinkan itu dengan ancaman yang besar.
Bagi umat Islam pula, Allah dedahkan dengan dugaan dan membuka pintu ikhtiar bagaimana memeliharan dan mengawal diri supaya tidak menyerupai mereka yang sesat akibat perbuatan mereka sendiri. Petunjuknya adalah Al Quran. Dan Al Quran ada menjelaskan bahawa mereka menggunakan nama Allah tetapi kita ketahui Allah tidak menerima mereka kerana Allah bersifat Mahasuci dan Maha Esa daripada apa yang mereka sangka dan fikirkan. Allah yang mereka yakini ada berbagai, banyak dan menyerupai sesuatu mengikut fikiran mereka.
Merujuk kepada penjelasan ini maka sebenarnya Allah membuka luas lagi pintu-pintu ibadah kepada hamba berugama Islam untuk beramal menyediakan bekal berdakwah terhadap kesempurnaan Islam yang Allah redha sebagai agama yang sempurna dan tiada kepercayaan lain sebagai agama yang diterima kecuali Islam di duniaNya ini. Tiada salahnya mereka mengaku Allah sebagai tuhan dan mengguna nama Allah itu sendiri. Tetapi kita hendaklah menggunakan akal dan akhlak agama untuk membedakan kefahaman dan pengertian kita yang berdasarkan Islam dengan mereka yang bukan Islam. Ini adalah kewajipan dan bagi memastikan bahawa kita tidak akan mengikut dan mengaku agama Islam kita adalah agama mereka. Dan kita tidak akan mengaku Tuhan yang mereka sembah adalah serupa dengan Allah yang kita sembah. Kita hendaklah dapat menjelaskan dan membedakan perbandingan kepercayaan agamn dan ketuhanan dengan menegaskan pengertian dan kefahaman tersebut dengan sejelas-jelasnya berdasarkan akhlak Islam.

Wallahualam dan salam dari Tun Sheikh
 
Copyright 2009 Kontemporari
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere