Pengalaman Mata Menjadi Saksi
Reformasi Indonesia
Ketika rombongan Tun Sheikh bersama teman-teman lain tinggal
selama 3 bulan di Jakarta, kami juga dimaklumi bahawa para pendemonstran dapat
perlindungan adil dari Angkatan Tentera Laut dan Angkatan Tentera Udara yang
telah turun mengawal jalan-jalan yang digunakan oleh para mahasiswa yang
berdemonstrasi. Kami melihat empat ketumbukan pasukan berkuasa yang mengawal
keamanan daripada berlaku kezaliman dan jenayah termasuk mengawal harta awam
daripada dicerobohi oleh mereka yang mengambil kesempatan.
Empat ketumbukan itu ialah pasukan polis, tentera darat,
tentera udara dan tentera laut. Banyak juga kawasan yang hanya dikawal oleh
sama ada tentera laut dan polis, tentera udara dan tentera darat atau
sebaliknya seolah-olah ada MOU
diantara pasukan tentera udara dengan tentera laut. Apabila ditanya kepada
teman-teman Tun Sheikh yang terdiri dari pegawai tempatan mengenai perihal
sedemikian, mereka mengatakan bahawa para mahasiswa yang berdemonstrasi itu di
kawal oleh tentera laut atau tentera udara yang telah mengumumkan berkecuali
daripada menyebelahi mana-mana pihak yang bererti mereka tidak merestui
provokasi dan tindakan pasukan polis atau tentera darat yang sering
mencederakan para mahasiswa daripada objektif menjaga keamanan dan keselamatan
itu sendiri. Dalam ertikata lain pasukan tentera udara dan tentera laut turun
mengawal keamanan dengan ketegasan bahawa mereka akan menembak sesiapa sahaja
yang mengganas dan mencederakan orang lain.
Sinonim dengan persefahaman kepada semua para
demonstran, khususnya golongan mahasiswa
ialah keyakinan keselamatan diri, kerana mereka berdemonstrasi secara aman dan
dilindungi oleh pihak berwajib dari angkatan tentera udara atau laut. Dua
pasukan tentera ini prihatin terhadap
perjuangan mahasiswa dan rakyat kerana sering menjadi mangsa provokasi sama ada
dari pihak yang mengambil kesempatan atau dari keterpaksaan pihak polis atau
tentera darat yang dituduh bias kepada pemerintah. Apa yang lebih menarik ialah, para mahasiswa yang
berkumpul di sesuatu tempat sebelum bergerak di jalan raya ke tempat tujuan,
tidak akan bergerak jika tiada pasukan tentera laut atau tentera udara mengawal
keamanan. Mereka akan duduk atau berkumpul saja secara aman dan apabila
mendapat informasi pasukan tentera laut atau udara ada di persimpangan jalan
atau baru sampai untuk mengawal mereka pun memulakan perarakan.
Selain itu, para
pendemonstran mahasiswa juga di sokong oleh persatuan peguam yang bersedia
memberi perkhidmatan percuma atau murah jika mereka di heret ke mahkamah.
Begitu juga persatuan para medik dan perubatan yang memberi perkhidmatan atas
peri kemanusiaan kepada sesiapa yang cedera tetapi keutamaan di berikan kepada
mahasiswa kerana pihak polis dan tentera mempunyai petugas perubatan mereka
sendiri.
Ada juga kes-kes terpencil di mana mahasiswa dari universiti
pemerintah atau swasta pro pemerintah yang disingkirkan, kerana dianggap
bersalah menyertai demonstrasi reformasi,
diambil oleh universitas swasta lain sebagai pelajarnya dan dibantu kos
pembiayaan pelajaran mereka. Biasanya,
universiti yang menawarkannya ialah universiti swasta yang popular ,
terkenal dan glamour bukan sahaja dari segi mahal pembiayaan yurannya tetapi
juga berkualiti dan mempunyai hubungan atau rangkaian antara bangsa.
Meskipun
ada terma-terma tertentu yang dilonggarkan tetapi yang utama mahasiswa
berkenaan mestilah pelajar dari kelompok yang cemerlang dan hampir menghabisi
pengajiaannya. Selalunya, mahasiswa yang terkena nasib malang dan dibela atau
dijadikan pelajar angkat itu semuanya memenuhi syarat dari segi kecerdikan
kerana orang awam tahu bahawa mereka yang berpeluang ke universitas memang
keseluruhannya pintar-pintar setelah tersaring. Yang bodoh atau kurang pintar
di universitas biasanya adalah anak-anak orang berada dan mereka juga tidak
semuanya berminat untuk bergabung menjadi pejuang nasib masyarakat.
Tun Sheikh menulis mengenai perjalanan Reformasi Indonesia
ini bertujuan memberi idea dan perbandingan dengan reformasi di sini. Diharap
kepada sesiapa yang ada pengalaman menyertai atau menyaksikan reformasi,
tranformasi atau revolusi rakyat, kebangkitan rakyat atau apa sahaja istilahnya
di Mesir, Libya, Seria, Korea Selatan, Jepun, Thailand mahupun di Medan
Tiennamen Cina agar tampil menulis penyaksiaan anda supaya dapat diambil
iktibar dan memperbaiki perjuangan reformasi di sini.
Matlamat atau objektif
adalah sama, kerana ini adalah soal kemanusiaan sejagat yang secara fitrahnya menolak
kezaliman, penindasan, penipuan, rasuah dan kemungkaran pihak berkuasa atau
badan yang menindas itu. Anda mestilah yakin bahawa BN sedang berada
dilandasan yang salah kerana mengamal rasuah dan penipuan pelbagai bidang.
Rakyat tidak menafikan jasa mereka membangun dan memajukan negara tetapi kita
amat yakin jika mereka yang berkuasa tidak kira siapa, membangun negara dengan
penipuan dan tidak amanah maka pada suatu hari nanti kerajaan ini akan musnah,
roboh, sia-sia dan rakyat akan menderita.
Jika pemerintah adalah daripada golongan yang amanah maka soal kebajikan dan kewajiban kerajaan pasti akan dapat dinikmati oleh sekalian rakyat. Sebelum negara ini musnah angkara keserakahan mereka, marilah kita
sebagai rakyat mengembalikan keluruhan negara yang berpelembagaan ini secara
aman. Bersambung….. Mahasiswa Indonesia
Yang Berani.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Dataran Merdeka KL 7.5.2012
0 comments:
Post a Comment