ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT UMPAMA ANAK EMAS DENGAN AYAH
MENGAPA MUDAH LUPA??
Sudah sebulan berlalu peristwa tentera Israel laknatullah menyerang kapal M.V. Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan dan para sukarelawan dari seluruh dunia. Seramai 19 orang sukarelawan terbunuh.Sangat zalim dan tidak berpatutan sama sekali kerana menyerang entiti yangdikenal pasti sebagai kapal awam yang tidak bersenjata dan sedang berada di lautan antarabangsa. Bertambah ironi apabila kapal membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang menderita dan kekurangan makanan itu sengaja dihalang supaya bantuan tidak sampai agar rakyat Palestin terus sengsara.
Amerika Syarikat yang beria-ia mengaku dan berlagak sebagai polis dunia tanpa pelantikan sesiapa itu, sepatutnya segera mengambil tindakan dengan menyerang semula atau membuat sekatan terhadap negara Israel yang biadab. Jika Amerika benar-benar sebuah negara yang sangat mementingkan keamanan dan keharmonian mahupun kemanusiaan, pastinya Amerika sendiri yang mengetuai dan menggerakkan program bantuan kemanusiaan antarabangsa itu tetapi hal itu tidak dilakukannya. Penghantaran bantuan kemanusiaan ini telah dilakukan dengan inisiatifTurki yang begitu ikhlas.
Sebenarnya, Amerika adalah juga sebuah negara penindas terutama kepada negara-negara lemah dan kecil untuk kepentingan ekonominya.Seperti biasa, hal ini dilakukan dengan begitu halus sekali sehingga kelihatan seolah-olah Amerika memberi bantuan ataupun kelihatan seperti ia dijemput dan diundang oleh negara yang bermasalah itu. Amerika sangat suka campurtangan dalam hal ehwal negara-negara Islam kerana mendapat kesempatan dan faedah yang begitu besar dalam satu tindakan sebagaimana pepatah yang bermaksud berjaya menembak dua atau tiga ekor burung dengan hanya sebutir peluru.
Amerika sepatutnya telah mengenal pastiteroris dan pengganas dunia yang tersangat bahaya iaitu Israel. Kesungguhan Amerika memburu pengganas adalah sangat ekstrim tetapi sehingga kini pemburuannya hanyalah seperti lakonan wayang. Amerika menuduh negara-negara Islam melahirkan dan merekrut para pengganas tetapi sebaliknya Amerikalah yang memainkan peranan yang utama dalam hal itu. Hasil kejayaan terbesar Amerika dalam hal ini adalah dari perbuatan kejam dan kesombongan Israel, negara pengganas anak didikan Amerika.
Adalah sangat mendukacitakan apabila Amerika berlagakseperti tidak mengetahui atau berpendapat tindakan tentera Israel itu sebagai bukan pengganas. Peristiwa zalim pembunuhan para sukarelawan bantuan kemanusiaan dan pelbagai peristiwa pembunuhan dan penganiayaan rakyat Palestin oleh tentera Israel hanya dianggap seperti suatu perkara yang biasa dan lumrah. Dasar ini menggambarkan Israel adalah benar-benar anak emas Amerika dan bantahan negara-negara yang menentang dasar ini terutamanya dari kalangan negara-negara Islam dan negara dunia ketiga tidak ubah seumpama anjing menyalak bukit sahaja.
Israel terus kelihataan bongkak. Ini terjadi kerana berasa begitu yakin dengan perpaduan dan kesetiaan rakyat Yahudinya. Pihak tentera dan kerajaan mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Di sampingitu Israel juga tidak pernah risau terhadap dokongan Amerika. Israel sentiasa yakin bahawa negara-negara Islam juga tidak berani menyerang atau menghalang apa yang ingin dilakukannya secara ketenteraan. Israel sangat yakin bahawa senjata yang dibekalkan oleh Amerika adalah tercanggih di dunia.
Kini telah sebulan penganiayaan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap konvoi kapal membawa bantuan kemanusiaan. Telah sebulan berlalu dan bantuan masih tidak disampaikan sepenuhnya. Peristiwa ini kelihatan hampir atau telah dilupakan. Ini adalah kerana dunia sedang kemaruk bola dan tanpa disedari sebenarnya Yahudi sengaja telah merancang untuk menyerang Palestin di musim sukan bola piala dunia.
Segala tindakan untuk memulau dan menyekat ekonomi dan perdagangan luar Israel juga tidak berjalan dan berkesan. Ini adalah kerana tiada perpaduan dan kesepakatan sebagaimana perpaduan dan kesepakatan yang diamalkan oleh rakyat dan tentera Israel. Sokongandan dokongan juga tidak selaras dan kolektif. Hal ini melemahkan tindakan pemulauan. Tiada kesepakatan sebenar. Negara-negara Islam juga tidak berani menggunakan Pertubuhan Negara-negara Islam Dunia. Mereka masih takut kepada bayang-bayang Amerika.
Saranan memulaukan barangan dan perdagangan yang mempunyai kepentingan Israel juga tidak lancar, tidak berkesan dan gagal. Israel seolah kelihatan sedang mentertawakan negara-negara yang coba memulau dan membekukan perdagangan Israel. Tiada apa yang Israel perlu bimbangkan. Ini adalah kerana sebarang tindakan pemulauan perdagangan yang ada kepentingan Israel telah menjadi nadi keperluan dalam sesebuah negara itu sendiri. Jika barangan Israel dipulaukan maka kesusahan hidup berbalik kepada pelaku dan rakyat negara itu sendiri. Inilah sistem dan strategi yang telah dipaksakan oleh Yahudi tanpa disadari.
Hanya melalui Islam sahaja Yahudi boleh dilumpuhkan. Tetapi manusia Islam akhir zaman tidak memiliki ketebalan iman. Ini juga adalah kerana kejayaan Yahudi melalaikan umat Islam dengan sistem hidup berdasarkan landasan nafsu-nafsi dan pengukuran standard atau mutu barangan dan perkhidmatan mengikut kepuasan. Selagi manusia takut mencagar jiwa dan nyawa untuk melawan Yahudi, maka selagi itulah mereka tidak akan dapat ditundukkan.Selagi manusia gairah hidup dan bernafsu dan tidak mengenal kesederhanaan dan akhlak keikhlasan dan ketulusan, maka selagi itulah Yahudi Israel bermaharajalela. Mereka adalah manusia yang dianugerahkan kelicikan dan berupaya menipu dunia hingga kiamat. Hanya dengan nyawa mereka tidak akan berani kerana pada hakikatnya Allah telah memberitahu kita bahawa mereka Yahudi diciptakan Allah sebagai manusia yang takut mati. Ini adalah kerana mereka tahu ke mana mereka pergi setelah mati.Mereka Yahudi adalah penghuni neraka kerana menyombong diri kepada Allah. Mahukah kita bersama mereka di sana nanti??