Warisan Baik
Sangka Penyebab Tidak Mengenal Hati Budi
Musuh
Ketika PAS menjadi parti escapism dan
wadah tempat pergantungan dan harapan orang Melayu menentang kezaliman PM dan
BN, musuh politiknya tidak berdiam diri. Rakyat yang desperado tidak takut mengelar
PM seabagai Mahazalim dan Mamakuti yang diuar-uar mewarisi darah keturunan
berperangai membelit, menipu dan
menindas.
PAS begitu tenang dan kukuh dengan
dasar Islami yang tidak mengambil kesempatan menyimbah minyak pada bara api .
PAS tidak menonjolkan diri dan tidak mengamalkan perasaan buruk permusuhan.
Natijah dari pegangan dasar dan toleransi ini telah menghilangkan keyakinan dan
harapan sebahagian kumpulan kepimpinan Melayu UMNO yang menentang PM Dato’ Seri
Dr Mahathir lalu menubuhkan Parti Keadilan pada 1999. Parti ini diuar-uarkan
sebagai wadah memperjuangkan keadilan dan transparen untuk semua kaum yang
tidak mempunyai platform perjuangan menolak ketidakadilan, diskriminasi dan
bias kronisma.
Banyak yang menyertai Parti Keadilan
dari kalangan ahli PAS ialah mereka yang tidak ada latar belakang agama yang
tinggi. Mereka tidak dapat mempengaruhi majority ahli PAS ketika menyertai PAS malah
pengaruh mereka tidak berkembang dan tidak mendapat tempat dalam naunsa PAS
yang dilingkungi ahli-ahli agama dan peminat agama dari kumpulan teras bawahan
sehingga kepimpinan tertinggi. Ketidakselesaan ini mendorong mereka keluar dari
PAS dan menyertai Parti Keadilan.
Banyak juga kepimpinan yang melompat
menyertai PAS kekal sehingga ke hari ini kerana berasa tenang dan yakin
terhadap ketulusan perjuangan parti yang bertunjangkan dasar-dasar dan hukum
agama. Namun PAS juga dilihat agak
lembab dalam membuat tindakan segera dalam pelbagai isu semasa yang sepatutnya
tidak dilepaskan peluang bersama-sama rakyat awam menunjukkan pendirian.
Disamping membuat banteng pertahanan bagi
menyekat pengaruh Parti Keadilan yang kemudiannya berjaya mengikat kesepakatan
sebagai Barisan Alternatif, Barisan Nasional pimpinan PM Dr Mahathir pada
hakikatnya tidak khuathir terhadap perkembangan musuh-musuh politiknya kecuali
terhadap PAS. BN melihat PAS sebagai sebuah parti agama yang konservatif
bertukar menjadi moden. Ramai para professional dan teknik berada di barisan
depan baik di barisan kepimpinan ,mahupun ketika melaksanakan pelbagai aktiviti
politik dan social. PAS berkembang dengan pesat berikutan tuntutan perubahan melalui reformasi yang tercetus
akibat dari pemecatan TPM DSAI. Minat rakyat kepada PAS sangat dicurigai dan
dicemburi. Sehubungan itu beberapa strateji memecahbelahkan kekuatan musuh
politik telah dilaksanakan tanpa disedari PAS yang sentiasa bersangka baik
kepada sesiapa.
Perpecahan di kalangan kepimpinan PAS
terutamanya penyingkiran atau memencilkan pengaruh kumpulan yang dituduh
sekular, professional, Erdogan, Anuaris
dll dengan kumpulan ulamak adalah diantara kejayaan musuh-musuh PAS tanpa
disedari oleh PAS secara menyeluruh. PAS kontemporari berjaya dipengaruhi
dengan keyakinan hanya kepada golongan
ulamak sebagai pemimpin tanpa menyedari bahawa musuh utama mereka sangat
khuatir kepada kesepaduan kepimpinan PAS dari golongan ulamak dan professional.
Kini rakyat melihat PAS telah kembali
dengan kepimpinan ulamak yang dianggap tulus tetapi rapuh sebagai pemimpin
sebuah negara bangsa. Mereka kelihatan mudah digula-gulakan dengan isu agama
dan tidak berwibawa mentadbir negara jika PAS tidak segera memberi pendidikan
Islam moden dan profesional kepada ahli dan kepimpinan muda mereka sebagai
pelapis dan pengganti kepada kumpulan profesional bukan ulamak yang telah
pergi.
Oleh : Tun
Sheikh Engku Bendahara
Rantau Panjang Kelantan 17.3.2016
0 comments:
Post a Comment