Antara Yang Masih Setia
Dengan BN Atau UMNO Johor
Pergerakan Pemuda UMNO Johor kelihatan kritikal apabila
berlaku tarik-menarik kuasa. Siapa yang menghulur besar, dialah memang telah
menjadi budaya sehingga tidak salah jika dikatakankan pemimpin terutamanya
pemuda kelihatan begitu kaya dan bergaya dan menjadi orang senang yang begitu
cepat tanpa jelas perusahaan atau perniagaan yang dilakukannya kecuali sebagai
AJK UMNO. Kebencian terhadap perilaku ini tidak tersebar luas dalam negeri
Johor sehingga melemahkan aktiviti UMNO tetapi amat mempengaruhi orang Melayu
di luar Johor kerana selama ini Johor sering dianggap sebagai mentor UMNO sebab
di sinilah UMNO dilahirkan dan di Johor juga banyak melahirkan pemimpin UMNO
yang telah berjaya membangun negara.
Desas-desus persaingan pengaruh ini kerana ada 4 blok
pengikut dan pengaruh iaitu MB, blok TPM, blok KJ dan blok PM-Hishamuddin. Blok
pengaruh KJ adalah kumpulan yang dituduh dapat memegang dan menganggotai AJK
kerana faktor ketika KJ amat berpengaruh disuatu ketika dahulu semasa bapa
mertuanya sebagai presiden UMNO dan PM Malaysia. Kebanyakan pimpinan pemuda
dari blok KJ berpendidikan, glamour dan saku juga dikatakan gemuk dan tidak
terkecuali dengan budaya kroni dan amalan rasuah.
Blok MB atau Dato’
Ghani pula adalah kumpulan pemuda yang sedang bertungkus lumus mempertahankan
pengaruh MB bagi memastikan pengaruh politiknya tidak merosot dan mentadbir serta
membangun Johor. Kumpulan ini dan MB sendiri boleh dikatakan amat jarang
membuat kenyataan kerana mengambil sikap berhati-hati, takut tersilap dan sensisitif kepada orang
Melayu Johor sendiri. Ini adalah kerana MB suka dilihat seperti sebagai tokoh
yang taat menurut perintah tanpa menunjukan pendirian sendiri yang boleh dijadikan isu
oleh musuh-musuh politik. Beliau juga sentiasa berhati-hati dan mengambil jalan
selamat dalam pelbagai isu seolah-olah
mengikut telunjuk dan arahan dari pimpinan pusat. Dan UMNO pusat yang
dimaksudkan ialah dari pihak tertinggi UMNO yang tidak menunjuk kepada Tan Sri
Mahyuddin Yasin.
Blok yang dipengaruhi oleh KJ, Ketua Pemuda UMNO pula sudah
mula menerima pelbagai tekanan dari blok MB dan Blok TPM sejak mertua beliau
melepaskan jawatan PM dan presiden UMNO. Mereka kerap dianggap hampir tidak
relevan lagi tetapi mereka terus dapat bertahan kerana mereka mempunyai
identiti tersendiri yang dianggap sebagai berpendidikan dan professional.
Manakala penyokong TPM pula adalah terdiri dari pemuda kampong dan anak muda
berpendidikan agama. Blok PM-Hishamuddin pula adalah umpama anak harimau yang
sedang membesar. Semua orang tahu Najib adalah abang sepupu kepada
Hishamudin. Kumpulan ini telah mula
menunjukkan sedikit demi sedikit taring dan kuku mereka apabila Najib menjadi
PM dan Hishamuddin diangkat menjadi Menteri Dalam Negeri yang menjadi tuan
kepada angkatan polis dan bersenjata. Mereka semua dijaga dengan baik oleh
kepimpinan masing-masing. Baru-baru ini
sebagai pemanis untuk meringankan tulang dalam pilihanraya, masing-masing
kelompok ini ditaja ada ke Thailand, ke Bandung dan ada ke Surabaya dan Bali.
Majoriti dari pemuda Johor yang tinggal di luar Johor tidak
berminat dengan UMNO atau BN kerana mereka lebih terbuka dan bebas mendapat
maklumat tanpa dibayangi oleh sesiapa. Kebanyakan mereka juga berpendidikan
tinggi dan kecenderongan mereka adalah berpihak kepada yang difikirkan terbaik.
Dalam hal ini nilai sejagat sering dijadikan kayu pengukur. Mereka tidak kira
pandangan atau sesuatu idea itu datang dari siapa tetapi jika bernas dan ada
kebenaran maka mereka menyokongnya. Sehubungan itu banyak diantara mereka
adalah penyokong NGO dan PR kerana mereka anti rasuah dan anti perilaku pecah
amanah sebagaimana apa yang telah membudaya dalam BN.
Pemuda-pemuda yang sangat setia kepada BN atau UMNO Johor
adalah dari kelompok pemuda yang mendapat pendidikan atau pekerjaan teknikal.
Mereka tidak menggemari sejarah dan kesusasteraan. Mereka suka yang terus
terang atau secara langsung tetapi kelemahan mereka yang tidak suka berimejinatif
menjadikan diri mereka mudah dipengaruhi oleh penguasa yang mengusai mass
media. Kumpulan pemuda sebegini boleh dikatakan sebagai kelompok penyokong
tegar UMNO tetapi jika mereka tidak terus disuapkan, pada suatu hari nanti
mereka akan menjauhkan diri daripada BN dan malu untuk menganggotai parti atau
persatuan lain kerana fikiran mereka tidak terbuka dan tidak dapat berfikir
politik di luar kotak.
Satu kelompok lagi yang dianggap sebagai penyokong tegar UMNO
atau BN di Johor ialah kumpulan tua berusia 60 tahun ke atas. Mereka telah
menganggotai UMNO sejak muda dan didepan mata mereka sendiri mereka telah
melihat dan berpengalaman bagaimana orang yang didiskriminasi secara terang
atau secara halus jika tidak menyokong UMNO atau BN. Mereka berasa diri mereka
telah bernasib baik kerana mendapat kesenangan atau habuan dari orang yang
mereka sokong tanpa mengetahui sebenarnya habuan yang mereka terima setaraf
sebagai gula-gula sahaja. Gula-gula yang disuapkan kepada mereka sehingga
berjaya melupakan diri mereka bahawa kejayaan yang mereka dapat adalah hasil
dari titik peluh mereka sendiri. Di sinilah letaknya kehebatan pemimpin UMNO
Johor yang berjaya menanam pysikologi pemikiran kepada orang Melayu Johor.
Sejarah juga memainkan peranan penting kerana kemajuan Johor
disebabkan pelbagai factor tetapi fakta yang belum dikaji secara sains ialah
fakta keadaan para pendatang. Ini adalah kerana jika dikaji secara terperinci
majority rakyat Johor tidak kira Melayu atau Cina adalah pendatang luar yang
ingin membina hidup baru dan mencari keharmonian hidup di sini. Mereka datang
dari pelbagai negeri atau tempat seperti dari Cina, Jawa, Sumatera, Kalimantan,
Sulawasi, Kelantan, Kedah dan negeri-negeri Melayu lain. Sehingga sebuah kajian
sejarah berani mengatakan bahawa penduduk asal Johor ialah orang asli laut atau
darat sahaja. Selain itu adalah dari pengaruh kerajaan Melayu Melaka,
Pahang, Siam, Majapahit dan lain-lain.
Apabila semakin ramai anak muda Johor yang berada di luar
Johor dan membawa pemikiran positif bernilai sejagat maka akan rapuhlah fahaman
kuno yang bersifat feudal. Ketika ini penentu kejayaan BN untuk mengekalkan
kuasa di Johor terletak di tangan pengundi Cina. Jika bekas presiden MCA dari
Muar dan PR terus memperhebatkan usahanya memberi penerangan ikhlas kepada
orang Cina dan Melayu bahawa selama ini UMNO telah menipu bangsa Melayu dan BN
dalam soal politik dan ekonomi maka tidak mustahil Johor akan bertukar tangan.
Hal ini seharusnya direbut oleh rakyat Johor sebagaimana catatan sejarah Johor
sebagai tempat lahirnya UMNO, para nasional Melayu dan penuntut kemerdekaan
Tanah Melayu. Pada kali ini pula Johor mungkin sebagai negeri berkebajikan
termaju dan pengamal hudud Islam dan ini tidaklah mustahil kerana hudud
yang ditakut-takutkan UMNO pada
hakikatnya adalah sangat adil kepada penganut lain dan tidak dipaksa atau
relevan kepada bukan Islam.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
K.L. 3 Julai 2012