0 comments


Tiada Cacat Cela Terhadap Wira Negara

Isu Lahad Datu sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isu keperwiraan yang diperlekehkan. Siapa yang sebenarnya memperlekeh pengorbanan perwira kita sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah gugur termasuk yang telah meninggal dunia setelah bersara ialah syaitan-syaitan manusia AMNOBN . Mereka  sengaja mengelirukan rakyat dengan menuduh para musuh politik mereka atau para pembangkang dan lebih jelas lagi dalam hal ini ialah Pakatan Rakyat sebagai golongan yang tidak menghargai jasa, tidak menghormati perjuangan angkatan bersenjata dan tidak menghargai pengorbanan para perwira Negara. AMNOBN sengaja memutarbelitkan fakta dan membuat propaganda menipu rakyat melalui media eletronik dan media massa yang dikuasai mereka. Harapan besar mereka ialah agar rakyat membenci dan tidak menyokong perjuangan intergeriti  dan Negara berkebajikan yang diperjuang Pakatan Rakyat sekaligus menutup isu pembunuhan Altantuja, rasuah pembelian kapal selam dan pelbagai rasuah projek mega AMNOBN yang lain.

Pada waktu yang sama, mereka menguar-uarkan diri sebagai kerajaan yang sangat prihatin dan menyanjungi perjuangan dan pengorbanan angkatan bersenjata  Negara. Mereka merayu dan berlakun bersungguh-sungguh mengajak rakyat menolak pembangkang atau PR yang dituduh tidak peka dan prihatin terhadap pengorbanan yang ditunjukkan  dan yang ditabur oleh para perwira Negara. Semua usaha termasuk iklan dan lagu-lagu patriotic yang diudarakan mengandungi produk ‘ reverse psycho’ kearah mempengaruhi rakyat jelata membenci Pakatan Rakyat yang dituduh tidak menghargai jasa dan pengorbanan perwira Negara. Kerajaan AMNOBN yakin rakyat akhirnya akan membenci Pakatan Rakyat dan kembali menyokong AMNOBN yang korup.

Seminggu Tun Sheikh berada di Kota Kinabalu dan Sandakan meninjau dan menggali maklumat ‘first hand’ daripada penduduk. Tun Sheikh telah meminta bantuan sahabat dari Semenanjung yang berkhidmat di sana mencarikan orang yang terlibat secara langsung dan dapat dipercayai. Kerahsiaan mereka memang penting tetapi yang terpenting ialah maklumat, fakta dan harapan mereka yang mendakwa diri mereka seolah-olah telah terperangkap kerana mengikut rentak kebiasaan. Maksudnya tidak dapat mengesan dan melarikan atau memisahkan diri dalam keadaan itu kerana itu adalah cara hidup mereka seharian. Apa yang sangat mereka kesalkan ialah pembohongan dan putar belit berita tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Yang penting bagi mereka ialah mereka selamat dari manjadi bahan eksperimen atau uji kaji politik kemasyarakatan dari pemimpin yang buas dengan nafsu keduniaan.


Seramai 16 orang penduduk sempat Tun Sheikh temubual dan bersembang mesra. 6 di Kota Kinabalu, 5 di Kundasan dan Ranau dan 5 di Sandakan. 2 di Sandakan ialah orang kuat AMNOBN dan 3 lagi ialah peniaga yang berulang alik di antara Sandakan ke Lahad Datu, Semporna, dan Tawau saban hari setiap minggu kerana urusan perniagaan barang dagangan jenama Filipina. Seorang diantara mereka bertiga sering juga mengurus rekod dagangan mereka di Kota Kinabalu. Itu yang ditemui di Sandakan. Kediaman mereka terletak di taman-taman perumahan di jalan utama antara pusat Bandar Sandakan ke Lapangan Terbang. Seorang di kampong air di antara pusat Bandar Sandakan ke pelabuhan Sandakan. Maklumat terperinci, Tun Sheikh anggap tidak ada dan tidak perlu. Apa yang penting ialah kesahihan dan buah atau pelajaran yang boleh digarap. Istilah lain ialah ‘ the moral of the story’.

Seramai 5 orang iaitu 3 di Kundasan dan 2 di Ranau adalah penduduk berasal dari Semporna dan Kunak yang baru sampai 2 - 3 minggu dari tempat mereka dan bekerja sementara dengan saudara mara mereka di situ sebagai jurujual gerai, pelayan restoren, pemandu pelancong, 2 orang lagi mengaku sebagai  pekebun  sayur membantu saudara mereka secara sementara demi keselamatan diri dan keluarga jika mengikut pengakuan mereka.

Seramai 6 orang di Kota Kinabalu, seorang ialah pengurus syarikat pelancongan dan penyewaan kenderaan pelancongan yang telah Tun Sheikh kenal melalui sahabat baik yang bertugas di Kota Kinabalu sejak 3 tahun lepas. Beliau berasal Pakistan, isterinya orang Filifina. Bapanya orang Pakistan dan ibu tirinya dari suku Tausug atau orang Sulu/Suluk. Seorang yang baru dikenalkan ialah seorang pemuda berusia 29 tahun yang masih bujang. Bapanya dari suku Bugis Sulawesi dan ibunya adalah wanita Tausug, beliau berniaga di Pasar Filipina bersama ibunya. Seorang lagi ialah seorang pemuda yang kacak berusia 21 tahun bekerja sebagai pemandu pelancong di Kota Kinabalu. Beliau baru 3 bulan tinggal di Kota Kinabalu berasal dan lahir di Semporna dan ibu bapanya berasal dari pula Tawi-Tawi Filipina dan mengaku sebagai suku Tausug/Suluk dan ibu bapanya masih berulang alik ke kampong halaman di Tawi-Tawi kerana mengurus dagangan keluarga. 

2 orang lagi ialah pemuda berusia 45 dan 38 tahun mengaku pernah menjadi pengiring atau pegawai am Datuk Mustapha dan pernah menjadi ketua  Pemuda Usno kemudian UMNO dan sekarang masih aktif mengikut Datuk Aman. Mereka juga dari keturunan Suluk yang lahir di Filipina tetapi telah berhijrah ke Kota Kinabalu sejak kanak-kanak mengikut ibu bapa dan masih mengingat bersekolah rendah di darjah 1 di Tanjung Aru Kota Kinabalu. Ketika ini bekerja sebagai pengurus hotel  dan pengurus logistic milik mentor  mereka iaitu tokoh politik tempatan Kota Kinabalu.

Akhir sekali  ialah seorang pemuda berusia 47 tahun berasal dari Kepulauan Palawan Filipina dan isterinya dari suku Kadazan Sabah. Beliau bekerja sebagai pengurus 12 buah Homestay milik bersama dengan seorang ustaz yang pernah berkhidmat sebagai guru ijazah dan akhirnya sebagai pengetua SMK Jeselton Kota Kinabalu. Kini telah bersara dan menetap di Alor Setar Kedah. Apa yang menarik ialah beliau merupakan Ketua PAS di sebuah daerah di Kota Kinabalu dan sedang aktif bersama PKR dalam PR di Sabah.

Kesimpulan maklumat dari mereka ialah kesilapan tafsir perjanjian atau aku janji sama ada dari PR mahupun AMNOBN. Walau bagaimanapun mereka menganggap jalang peristiwa yang terkeluar dari skrip Lahad Datu adalah apabila pemimpin AMNO tempatan mengambil kesempatan untuk membolot harta kekayaan yang dilihatnya ada peluang setelah mendapat banyak maklumat kelemahan pentadbiran rasmi kerajaan AMNOBN di Semporna,Sabah terutamanya di daerah-daerah sepanjang pantai timur Sabah dari Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna,  hingga ke Tawau. Semua mereka adalah penduduk atau rakyat sah Malaysia yang mempunyai kad pengenalan. Mereka telah lama bermaustautin sehingga ada yang telah 40 tahun tetapi asal usul mereka ialah rakyat Filipina dan kesemuanya beragama Islam.

Pemuda Bugis menjelaskan  bahawa beliau dan suku sakatnya yang ada darah Bugis tidak mahu campur dengan pemuda Filifina kerana pemikiran yang berlainan dari segi cita-cita untuk kembali ke kampong asal (Filipina) atau menetap bebas dan menguasai politik Sabah kerana kesedaran majority  keturunan Suluk dengan penduduk pribumi terutamanya suku Kadazan.

Di Sandakan, 2 pemimpin  sekutu AMNOBN (partinya tempatan) menceritakan pelbagai kemudahan dan kesenangan diperolehinya melalui politik. Beliau mengaku sebagai PATI pada suatu hari dulu. Dengan sedikit pelajaran dan kemahiran berbahasa Inggeris, mereka berjaya dan terpilih mengetuai suku dan masyarakat tempatan yang kesemuanya adalah bekas-bekas PATI yang diberi kad pengenalan secara mudah. Semua pemimpin PATI yang diberi kad pengenalan secara mudah bertanggongjawab mengawal dan memastikan kecenderungan politik masyarakat supaya menyokong dan mendokong kerajaan AMNOBN. Rata-rata mereka mengaku telah berjaya tetapi mereka tidak menghalang sesiapa yang hendak balik mahupun berziarah sanak saudara di Filipina secara berkala mahupun kerap dalam sebulan. Kebiasaannya mereka pergi berulang alik secara bebas tanpa dokumen perjalanan.

Bolehlah dikatakan Peristiwa Lahad Datu tidak dapat restu atau tidak dipersetujui oleh masyarakat Filipina yang telah menjadi  rakyat Malaysia melalui pemberian kad pengenalan secara mudah. Meskipun pemimpin mereka menggunakan nama AMNOBN dan Kesultanan Sulu yang sebenarnya telah tidak wujud, mereka yakin mereka cuba ditipu dan dipengaruhi oleh ketua AMNOBN dari kalangan mereka untuk menggunakan perkhidmatan mereka demi kepentingan diri sendiri. Yang mana diri berasa dekat dengan tokoh berkenaan tetapi tidak menyetujui perancangan beliau, ada yang telah keluar dari kampong dengan alasan pergi berniaga atau menziarahi saudara mara di kota atau Bandar berdekatan seperti Kota Kinabalu, Kudat, Marudu, Sandakan dan seabagainya. Semua yang Tun Sheikh temui kecuali  pemuda berusia 21 tahun mengaku bekas PATI dan mempunyai pengalaman memperolehi kad pengenalan dengan mudah melalui projek khas dan rahsia kerajaan AMNOBN. Kalau ini adalah hasil daripada suatu perbuatan pengkhianat maka sahihlah bahawa AMNOBN lah sipengkhianat dan jalang di sebalik kesedihan keluarga dan rakyat Negara kita terhadap perwira yang telah terkorban.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kuala Lumpur 10.4.2013
 
Copyright 2009 Kontemporari
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere