TREND MENUNJUK-NUNJUK AMNOBN
Tun Sheikh masih ingat sebelum
berlaku Reformasi 1998 trend menunjuk-nunjuk mewah dan mengumumkan diri ahli
parti atau menyokong BN adalah amat
ketara dan membudaya. Orang kampung sungguh taksub dengan AMNOBN sehingga terset dalam minda hanya melalui AMNOBN saja
orang Melayu boleh jadi cepat kaya dan terhormat. Sesiapa yang memiliki ijazah
jika masuk politik akan mudah mendapat tempat, mudah naik dan tidak mustahil
cepat menjadi timbalan menteri dan kemudiaannya menteri asalkan mereka sebulu, yes men dan tidak banyak mengeluarkan
pemikiran kreatif yang bertentangan dengan orang atasan maka mereka akan
ditindik sebagai pelapis.
Bagi mereka yang suka mencari kekayaan dan
kesenangan hidup, mereka juga yakin hanya melalui AMNOBN akan mendapat pelbagai
projek dengan mudah asalkan mereka sanggup menerima syarat menjadi proksi pemilik
dana-dana yang disalurkan daripada pemberian projek berkenaan melalui orang
politik . Soal halal haram tidak lagi menjadi ukuran. Mereka juga
tidak dihalang menjadi alibaba dengan syarat, asal projek mesti siap dan
sanggup mengembalikan duit make up
sama ada untuk ahli politik berkenaan atau kepada parti AMNOBN. Rasuah semakin
hari bertambah subur. Orang politik tidak berasa bersalah atau tidak mengaku
sebagai rasuah sebaliknya berasa wajar kerana berfikiran dan beranggapan wang
yang digunakan adalah duit kerajaan yang telah bertambah
nilai kerana kebijaksanaan mereka.
Pada era reformasi 1998-2000,
orang Melayu yang masih setia lagi dengan AMNOBN kelihatan malu-malu alang untuk
mengaku sebagai orang AMNO kerana salah guna kuasa dan rasuah terbongkar di
sana sini diuar-uarkan oleh bekas ahli AMNO yang menyokong reformasi. Setelah
Parti Keadilan ditubuhkan dengan rasmi, AMNOBN bangkit dengan memberi kata dua
agar ahlinya membuat pendirian jelas, sama ada tutup mulut dan terus mendapat
keistimewaan dari kepimpinan atau meninggalkan AMNOBN. Apa-apa berita
penyelewengan yang digemburkan oleh bekas ahli Amno ditegaskan sebagai bukan
orang AMNOBN dan dianggap fitnah dan pembohongan. Pembongkar rahsia yang
dikenal pasti akan dipulau, disekat dan tidak diberi peluang langsung sehingga
hidup mereka tertekan dengan cara mengugut dan mengancam ahli Amno yang berurusan
dan ada kaitan dengan mereka. Akibatnya
banyak pengusaha Melayu yang telah maju tetapi bergantung dengan kerajaan dan
Amno menjadi bangkarap, rugi dan tutup perniagaan. Tokoh pemimpin yang mengawal
secara langsung bagi memastikan strategi beliau berjaya melumpuhkan mereka yang
tidak mahu sekongkol dengan penyelewengan Amno ialah Dr M sendiri.
Trend menunjuk kuasa, kaya dan
kehebatan terus disuburkan lagi dengan program bermegah-megah. Rakyat dipaksa
memperlihatkan tanda berterima kasih. Lagu khusus “Keranamu Malaysia” dicipta
dan diperdengarkan berulang-ulang sehingga rakyat muak. Muak kerana maksud
tersiratnya menuju kepada kehebatan Dr M. AMNOBN tidak malu lagi mengaku
sebagai entiti yang hebat dan mesti terus diberi mandat untuk memerintah.
Entiti lain dianggap tidak berguna dan terus diperlekeh . Apabila rakyat menyadari kesombongan dan
keriakan Dr M sudah melampau, dan jika dibiarkan akan menjadi perdana menteri
berkuku besi atau diktator maka lahirlah musuh-musuh beliau dari dalam yang
akhirnya telah berjaya menekan beliau untuk melepaskan jawatan perdana menteri
pada 2003. Setelah bersara beliau telah dikucil dan dipinggirkan sehingga
kelihatan tidak berguna langsung. Beliau dianggap sebagai perdana menteri yang
zalim dan telah mendatangkan bala dalam parti dan Negara kerana
polisi-polisinya hanya kelihatan untuk semua lapisan masyarakat tetapi sebenarnya yang mendapat
faedah terbesar iailah para kroni dan pendokong-pendokong fahaman nepotismanya.
Dr M sebenarnya adalah liabiliti.
Dr M yang terkenal dengan sifat
tidak berputus asa, pintar menghasut dan
mengugut dan berpengaruh telah berjaya menggerakkan para kroni beliau yang telah
menjadi jutawan membantu beliau menekan kembali dasar-dasar Pak Lah yang
dianggap lemah sehingga Pak Lah pula terpaksa melepaskan jawatan. Setelah PM
Ajaib menjadi orang nombor satu mengganti Pak Lah, Dr M mendapati orang yang
disokongnya ini juga lemah dan akan rebah. PM Ajaib dianggap lebih buruk lagi
kerana beliau tidak dapat mengawal isteri yang berlagak dan berperangai seperti isteri-isteri pegawai tinggi tentera atau lebih teruk
daripada itu.
Dr M kini
terus berusaha menggerakkan jentera beliau bagi memastikan segala dasar yang diperkenalkan ketika berkuasa dulu terus
menjadi dasar yang diamalkan. Beliau juga kelihatan bersungguh-sungguh berusaha
memastikan AMNOBN akan terus memerintah dan pada waktu yang sama terus
menggalakkan AMNOBN mempengaruhi rakyat supaya bersetuju dan yakin bahawa hanya
AMNOBN yang terbaik. Kerenah beliau ini telah memualkan kembali perasaan rakyat
terhadap AMNOBN dan rakyat melihat usaha beliau hanyalah untuk kepentingan
peribadi bagi mempengaruhi pemimpin AMNOBN agar memberi laluan kepada anaknya mencapai
cita-cita politik menjadi perdana menteri. Disamping itu, rakyat juga melihat
usaha Dr M hanyalah untuk menyelamatkan diri dari pelbagai tuduhan rasuah dan
salah mengguna kuasa ketika menjadi perdana menteri dulu.
Trend menunjuk-nunjuk mewah ketika ini yang dilakukan oleh PM Ajaib
seperti memberi wang tunai dan pelbagai bantuan dan hadiah secara bayaran tunai
amat membimbangkan Dr M. Ini adalah kerana pembalikan penerimaan secara pysikologi
tidak akan menguntungkan kerajaan AMNOBN. Tindakan mengambil hati rakyat
seperti ini amat berbahaya kerana rakyat akan terus berharap dan jika gagal
diberi seterusnya, kerajaan AMNOBN akan dianggap tidak berguna. Rakyat juga
pada hakikatnya tidak berasa perlu berterima kasih sebaliknya akan berpersepsi,
selama ini kerajaan AMNOBN telah lama
curang dan menyeleweng kerana membelanja wang rakyat untuk kepentingan diri.
Kemampuan memberi wang tunai kepada
rakyat adalah sebagai bukti. Pemberian wang tunai ini juga dianggap terdesak apabila siri-siri penyelewengkan berjuta dan berbilion ringgit oleh AMNOBN terbongkar.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Pusat Kraf Rawang Selangor 26.1.2013