Pembersihan Imej Dalaman PKR & Gangguan Kumpulan Minoriti
Minggu lepas, Tun Sheikh bertemu
bos lama bernama Tuan Haji Zainal secara kebetulan. Dulu beliau seorang yang
aktif menaikkan taraf jabatannya. Ramai juga pegawai dan kakitangan yang bosan
dengan beliau kerana beliau mendakwa rapat dan seperjuangan dengan DSAI. Masa
dalam perkhidmatan dulu lebih-lebih lagi ketika DSAI jadi TPM, banyak juga
peranan yang dimainkannya secara rasmi mahupun peribadi termasuk menjadikan
dirinya sebagai pegawai kelompok berkepentingan kemudian menjadi pegawai kanan
berpengaruh sehingga bos besar pun naik cuak dengan beliau yang rapat dengan
TPM DSAI.
Ada juga desas-desus atau gossip yang mengatakan beliau saja yang
terdorong-dorong syok sendiri kerana memang orang tahu DSAI dahulu seangkatan
dengan beliau di UM. Mereka rapat tetapi terbatas kerana perwatakan mereka
berbeda. Beliau memimpin persatuan agama tetapi menjalankan aktiviti social
yang tidak menggambarkan ruh persatuan yang bertunjangkan agama. Manakala DSAI
mengetuai persatuan tidak bertunjangkan agama tetapi menarik komuniti pelajar
dengan dasar keagamaan.
Zaman kegemilangan Tuan Haji Zainal
dalam jabatan kerajaan sudah berlalu kerana sudah pencen atau bersara hampir 8
tahun yang lalu. Tun Sheikh bertanya apa aktiviti beliau sekarang dan bagaimana
perhubungannya dengan DSAI. Beliau bercerita, beliau sibuk menguruskan
perniagaan syarikat milik sendiri dan juga aktif dalam NGO yang berkaitan
dengan perniagaan yang dijalankan oleh syarikatnya. Manakala perhubungannya dengan
DSAI masih seperti dahulu.
Tun Sheikh tanya mengapa tidak aktif dalam politik
dan menyertai parti DSAI dan memegang jawatan penting? Tidakkah beliau berasa yakin DSAI ada peluang
akan berjaya dalam PR jika ditinjau perkembangan politik semasa? Manalah tahu
jika beliau berpeluang menyertai DSAI dalam kabinet Malaysia di masa akan
datang. Beliau secara bergurau dan berseloroh berkata bahawa semasa dalam
perkhidmatan dahulu beliau sering berulang ke Medan dan ke Hadyai kerana
mempunyai ramai saudara sebelah isteri di Medan dan di Thailand sebelah beliau
sendiri. Tapi mungkin kerana kehidupan sosial beliau agak royal atau liberal,
beliau sering diberi imej sebagai bos yang hura-hura lebih-lebih lagi
kawan-kawan rapat dengan beliau dahulu adalah berperwatakan serupa seperti
beliau yang suka jalan-jalan dan hiburan, bersukan bermain golf yang banyak
membawa imej klas atasan manakala teman-teman perniagaan dan bos-bos syarikat
yang mendampingi beliau dulu dilihat seperti ada kepentingan peribadi dan
berbagai-bagai interpretasi serta persepsi.
Tun Sheikh tanya kenapa pula begitu walaupun
Tun Sheikh sendiri berpandangan serupa juga seperti kelompok ramai yang melihat
imej beliau seperti itu. Beliau meneruskan cerita bahawa ada juga teman-teman
beliau yang telah bersara dari jawatan penting kerajaan mengajak beliau
mendampingi DSAI dan bergiat aktif dalam politik, tetapi ada sekumpulan sahabat
beliau yang sedang berdamping rapat dengan DSAI dan memegang jawatan penting
parti menasihatkan beliau agar tidak usah melibatkan diri dengan politik bersama
DSAI kerana DSAI telah terlalu banyak berhadapan dengan fitnah. Jika bukan DSAI
katanya sudah lama orang yang kena fitnah seperti DSAI itu menjadi gila. Bekas Bos
Tun tanya apa relevannya dan mereka menjawab; aktiviti hang yang sering ke pusat-pusat hiburan di Medan dan Hadyai
itu akan mendatangkan pelbagai kesulitan kepada parti dan pucuk pimpinan. Lagi
pun ketika ini PKR sedang sibuk mengenal pasti dan mengkaji latar belakang
kepimpinan cabang-cabang parti untuk mengelak memilih mereka yang mempunyai
sejarah latar belakang sosial yang mencurigakan atau yang tidak menyenangkan.
Adakah hal itu untuk menyesuaikan diri dengan kehendak atau dasar-dasar
PAS.
Hj Zainal kata bukan saja kerana
PAS tetapi yang lebih penting rakyat ramai sangat berharap tokoh-tokoh pemimpin
mestilah yang amanah dan baik bukan seperti UMNO yang telah pecah amanah dan
salah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, sehingga tidak tahu untuk berlaku adil dalam membedakan
kedudukan diri sebagai pemimpin negara dengan peranan selaku pemimpin parti.
Tn
Hj Zainal juga cerita, PKR sedang bosan
mengurus kehendak atau tuntutan Hindraf dan kelompok-kelompok kecil kesatuan
India yang berlagak seperti sangat kuat dan berpengaruh padahal ahli kumpulan mereka
hanya cukup sebagai syarat menubuh dan mendaftarkan persatuan saja iaitu 30-100
orang. Mereka tidak menyertai MIC dan mereka juga tidak bersatupadu. Mereka
datang atas nama pelbagai persatuan dan menuntut hak kerusi calon dalam
pilihanraya jika mahu mereka menyertai PR. Mereka berlagak seperti samseng yang
keras kepala dan sering mengugut akan memihak UMNO atau BN jika tuntutan mereka
diabaikan. Jika diteliti dan disiasat 100, 1000 atau 5000 orang demonstran
India, akhirnya akan didapati sebenarnya mereka adalah muka yang sama. Kesepaduan
mereka di situ. Itulah politik mereka untuk menunjuk-nunjuk seolah-olah sangat banyak persatuan India dan terlalu
ramai ahlinya. Matlamat utama mereka masih untuk kepentingan kumpulan atau rasis
dan juga menonjolkan diri supaya tidak diketepikan dan ketinggalan.
PKR juga sedang sibuk menapis tokoh-tokoh
kepimpinannya yang berotak UMNO iaitu berjuang untuk menagih pelbagai projek,
kepentingan diri dan kurang amanah untuk dibeku atau dipinggirkan bagi mengelak
fitnah masalah yang dibawa mereka supaya objektif reformasi untuk menghapus
rasuah, anti kroni, nepotisma dan menyemarakkan kebajikan untuk semua lapisan
rakyat cepat tercapai. Mereka masih ramai dan aktif dalam PKR tetapi diyakini
mereka tidak akan terus selesa kerana mereka diperhatikan oleh banyak mata dan
perjuangan utama PKR dan PR bukanlah lagi untuk mengambil kesempatan mencari
keuntungan pribadi seperti BN kecuali semata-mata untuk rakyat dan kebaikan
semua secara jujur dan amanah.
Oleh kerana Tun Sheikh hendak
bergegas untuk solat Jumaat maka Tun Sheikh minta diri dulu. Di masjid bertemu
pula sahabat lama dengan kumpulan yang baru diikutinya iaitu Hisbul
Tahrir Malaysia kalau tidak silap, dengan dasar tidak menyetujui
perjuangan PAS yang terpaksa dan terikat dengan undang-undang kepartian
sehingga kebebesan dan pengertian Islam terkongkong dan terbatas gara-gara
pelbagai peraturan dalam sistem skular. Tun Sheikh menjadi pendengar sahaja
hujah-hujah mereka dan bila- difikir-fikirkan ada juga relevan atau betul juga
tetapi jika ketika ini kita mengenepikan undang-undang negara maka tentunya
bertambah malap perjuangan mengangkat roh Islam ke persada kehidupan harian.
Apa yang sangat penting bagi Tun Sheikh adalah memikirkan bagaimana kita
mengimplimentasikan petunjuk Quran dan Hadis dalam amalan dan kehidupan atau
budaya hidup kita seharian. Insyaallah suatu hari nanti pasti Allah makbulkan
Islam menjadi hukum dan petunjuk serta didaulahkan di tempat tertinggi yang
wajar. Mudah-mudahan Malaysia menjadi printis medahului negara lain sebelum
Brunai yang telah berazam dan berminat untuk melakukannya. Amin.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara KL 12.6.2012