Saman AES ‘ASS-EKOR’
Satu istilah baru sedang bermain dibibir anak-anak muda
jalanan samada penyokong atau anti UMNO. Istilah ini sedang memutik dan
dijangka akan popular atau menjadi terkenal tidak lama lagi. Istilah yang
dimaksudkan berbunyi ‘AES-Ass Ekor’.
AES
sebenarnya singkatan daripada perkataan Automatic Enforcement System yang
bermaksud Sistem Penguatkuasaan Automatik. Ass pula dari perkataan Inggeris
yang bermaksud burit, ponggong atau bontot dan Ekor pula telah difahami segenap lapisan rakyat sebagai saman curi
atau saman terbang oleh PDRM atau JPJ daripada kesalahan pengguna yang
melanggar peraturan jalan raya.
Masalah atau penolakan AES
ini telah dibawa ke parliman tetapi UMNOBN tetap berdegil menguatkuasakannya.
Rakyat pada suatu ketika dulu amat tidak selesa
dengan Saman Ekor yang
dianggap tidak berperikemanusiaan, menganiaya rakyat dan zalim kepada yang
berpendapatan rendah. Pada suatu tahap sehingga memaksa kerajaan memberi
diskauan atau potongan saman yang telah ditetapkan. Saman ekor juga pernah
dicabar di mahkamah dan kerajaan telah kalah dari segi perundangan sehingga
membuatkan mereka berasa serba salah untuk meneruskannya. Ini adalah kerana
dikhuatiri akan disaman oleh rakyat lagi.
Dari satu segi lain, hasil saman ekor adalah wang panas
kerajaan yang mendapat hasil dengan begitu mudah daripada rakyat meskipun
mereka mengetahui beberapa tindakan seperti ugutan pernah digunapakai ketika
memungut denda saman ekor itu. Satu diantaranya ialah membekukan lesen memandu
atau cukai jalan kenderaan yang terlibat sehingga menyusahkan rakyat yang menganggap
kenderaan mereka pada zaman ini bukanlah barangan atau benda mewah tetapi
sebaliknya. Kereta, motorsikal atau kenderaan bermotor yang dimiliki mereka
adalah keperluan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu apabila kenderaan
mereka disenarai hitamkan, mereka berhadapan dengan pelbagai kesulitan yang
kait-mengait. Selagi mereka tidak membayar saman maka mereka sentiasa berada
dalam kedudukan orang salah dan hal ini amat menekan mereka lebih-lebih lagi kepada
yang terpaksa mencari duit yang banyak untuk membayar saman ekor yang telah
terkumpul lama.
Proses saman ekor pula adalah seperti pencuri yang dilindungi
undang-undang. Rakyat menganggap ini sebagai bacul. Mereka lebih senang dan
berpuas hati apabila disaman secara berhadapan atau serta merta seperti ditahan
ketika memandu atau operasi biasa. Saman yang dikeluarkan sebegini dianggap gentlemen. Ramai yang tidak berpuas hati terhadap saman
ekor dan rintihan mereka tidak didengar dan dipedulikan oleh UMNOBN kecuali
oleh PAS sehingga membawanya ke parliman. Disebabkan memang ada unsur-unsur
penindasan dan kurang berperikemanusiaan kerajaan dan bercanggah dalam
perundangan, maka kerajaan terpaksa memberi diskaun dan menunda tempoh tarikh
pembayaran saman dan secara senyap
seolah-olah tidak memfokusnya lagi atau mengutamakan isu pembayaran
saman ekor kerana dikhuatiri hilang pengaruh politik dan dibimbangi berlaku
demonstrasi rakyat yang tidak berpuas hati yang boleh menjadikan suasana
keharmonian Negara tergugat.
Disamping bertindak
seolah-olah telah melupakan isu saman ekor, terdapat juga sesetengah pemimpin
yang mata duitan dan penindas terus
mencari alternatif saman ekor ini kerana hasil pungutan wang yang dikaut
daripada rakyat begitu lumayan, mudah dan cepat. Mereka tidak setuju saman ekor
dihentikan tetapi telah memeras otak mencari apa-apa idea yang dapat menyamai
matlamat dan tujuan mengumpul wang dengan cepat untuk kepentingan Negara kata
mereka tetapi yang sebenarnya adalah untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Hasil dari usaha tokoh-tokoh pemimpin yang mata duitan dan
tidak prihatin ini maka AES diperkirakan sesuai menggantikan system saman ekor.
AES adalah lebih zalim kerana penggunaannya adalah sepenuh waktu secara
automatic dan berkomputer. Operasinya terus menerus sepanjang hari dan 24 jam.
Lebih ironi lagi apabila penyeliaanya diserahkan kepada syarikat yang
berorientasikan keuntungan. Kerajaan UMNOBN cuba menipu rakyat dengan
meletakkan alasan kecuaian atau ketidak cekapan syarikat berkenaan jika berlaku
apa-apa pembatahan atau tindakan susulan dari pengguna jalanraya. Padahal
mereka tahu syarikat terbabit adalah syarikat milik kroni mereika dan hasil
yang diterima dibahagi dua. Satu pergi kepada syarikat dan sebahagian lagi masuk
ke dalam hasil Negara.
Para pakar ekonomi cepat dapat membaca permainan silapmata politik
ekonomi ini kerana mereka berasakan keperihatinan kerajaan UMNOBN memang telah
tiada memandangkan rekod keborosan mereka mengendalikan wang Negara sangat
buruk. Ketirisan begitu besar dan sebenarnya erti dan maksud ketirisan itu
sendiri sengaja dicipta bagi mengelirukan kefahaman rakyat terhadap budaya
rasuah dan kroni yang mereka amalkan selama ini.
Istilah AES ASS EKOR
atau ASS EKOR secara taboo atau
kurang sopan bermaksud sistem jahanam ini dijangka akan membuat rakyat benci
kepada kerajaan UMNOBN jika ia terus dikuatkuasakan. Malah apa-apa sistem dan
pembaharuan ketika ini jika diadakan oleh UMNOBN, rakyat melihat terdapat
agenda tersembunyi iaitu keuntungan dan kebuasan para kroni dan para ahli politik
kerajaan mengaut dan mengikis wang rakyat untuk diri mereka sendiri. Mangsa
utama yang bakal menjadi korban dalam nousa kebejatan ini ialah para ahli
politik UMNOBN yang jujur dan berintergriti. Mereka terpupus dan menjadi luput
bersama-sama kebencian rakyat terhadap budaya rakus dan lahap ini. Sebenarnya
masih ada waktu dan kesempatan meskipun
sangat sedikit bagi mereka untuk
meninggalkan kebejatan atau kumpulan pemimpin yang busuk ini. Kepada rakyat
pula, merekalah penentu masa hadapan Negara jika berani membuat perubahan
dengan memilih pemimpin yang benar-benar jujur memegang amanah bangsa dalam
pilihanraya.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Tanjung Balau Resort 13.10.2012
0 comments:
Post a Comment