Tiada Cacat Cela Terhadap Wira Negara
Isu
Lahad Datu sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isu keperwiraan yang
diperlekehkan. Siapa yang sebenarnya memperlekeh pengorbanan perwira kita sama
ada yang masih hidup mahu pun yang telah gugur termasuk yang telah meninggal
dunia setelah bersara ialah syaitan-syaitan manusia AMNOBN . Mereka sengaja mengelirukan rakyat dengan menuduh
para musuh politik mereka atau para pembangkang dan lebih jelas lagi dalam hal
ini ialah Pakatan Rakyat sebagai golongan yang tidak menghargai jasa, tidak
menghormati perjuangan angkatan bersenjata dan tidak menghargai pengorbanan
para perwira Negara. AMNOBN sengaja memutarbelitkan fakta dan membuat
propaganda menipu rakyat melalui media eletronik dan media massa yang dikuasai
mereka. Harapan besar mereka ialah agar rakyat membenci dan tidak menyokong
perjuangan intergeriti dan Negara
berkebajikan yang diperjuang Pakatan Rakyat sekaligus menutup isu pembunuhan
Altantuja, rasuah pembelian kapal selam dan pelbagai rasuah projek mega AMNOBN
yang lain.
Pada
waktu yang sama, mereka menguar-uarkan diri sebagai kerajaan yang sangat
prihatin dan menyanjungi perjuangan dan pengorbanan angkatan bersenjata Negara. Mereka merayu dan berlakun
bersungguh-sungguh mengajak rakyat menolak pembangkang atau PR yang dituduh
tidak peka dan prihatin terhadap pengorbanan yang ditunjukkan dan yang ditabur oleh para perwira Negara.
Semua usaha termasuk iklan dan lagu-lagu patriotic yang diudarakan mengandungi
produk ‘ reverse psycho’ kearah mempengaruhi rakyat jelata membenci Pakatan
Rakyat yang dituduh tidak menghargai jasa dan pengorbanan perwira Negara.
Kerajaan AMNOBN yakin rakyat akhirnya akan membenci Pakatan Rakyat dan kembali
menyokong AMNOBN yang korup.
Seminggu
Tun Sheikh berada di Kota Kinabalu dan Sandakan meninjau dan menggali maklumat
‘first hand’ daripada penduduk. Tun Sheikh telah meminta bantuan sahabat dari
Semenanjung yang berkhidmat di sana mencarikan orang yang terlibat secara
langsung dan dapat dipercayai. Kerahsiaan mereka memang penting tetapi yang
terpenting ialah maklumat, fakta dan harapan mereka yang mendakwa diri mereka
seolah-olah telah terperangkap kerana mengikut rentak kebiasaan. Maksudnya
tidak dapat mengesan dan melarikan atau memisahkan diri dalam keadaan itu
kerana itu adalah cara hidup mereka seharian. Apa yang sangat mereka kesalkan
ialah pembohongan dan putar belit berita tetapi mereka tidak dapat berbuat
apa-apa. Yang penting bagi mereka ialah mereka selamat dari manjadi bahan
eksperimen atau uji kaji politik kemasyarakatan dari pemimpin yang buas dengan
nafsu keduniaan.
Seramai
16 orang penduduk sempat Tun Sheikh temubual dan bersembang mesra. 6 di Kota
Kinabalu, 5 di Kundasan dan Ranau dan 5 di Sandakan. 2 di Sandakan ialah orang
kuat AMNOBN dan 3 lagi ialah peniaga yang berulang alik di antara Sandakan ke Lahad
Datu, Semporna, dan Tawau saban hari setiap minggu kerana urusan perniagaan
barang dagangan jenama Filipina. Seorang diantara mereka bertiga sering juga
mengurus rekod dagangan mereka di Kota Kinabalu. Itu yang ditemui di Sandakan.
Kediaman mereka terletak di taman-taman perumahan di jalan utama antara pusat
Bandar Sandakan ke Lapangan Terbang. Seorang di kampong air di antara pusat
Bandar Sandakan ke pelabuhan Sandakan. Maklumat terperinci, Tun Sheikh anggap
tidak ada dan tidak perlu. Apa yang penting ialah kesahihan dan buah atau
pelajaran yang boleh digarap. Istilah lain ialah ‘ the moral of the story’.
Seramai
5 orang iaitu 3 di Kundasan dan 2 di Ranau adalah penduduk berasal dari
Semporna dan Kunak yang baru sampai 2 - 3 minggu dari tempat mereka dan bekerja
sementara dengan saudara mara mereka di situ sebagai jurujual gerai, pelayan
restoren, pemandu pelancong, 2 orang lagi mengaku sebagai pekebun
sayur membantu saudara mereka secara sementara demi keselamatan diri dan
keluarga jika mengikut pengakuan mereka.
Seramai
6 orang di Kota Kinabalu, seorang ialah pengurus syarikat pelancongan dan
penyewaan kenderaan pelancongan yang telah Tun Sheikh kenal melalui sahabat
baik yang bertugas di Kota Kinabalu sejak 3 tahun lepas. Beliau berasal
Pakistan, isterinya orang Filifina. Bapanya orang Pakistan dan ibu tirinya dari
suku Tausug atau orang Sulu/Suluk. Seorang yang baru dikenalkan ialah seorang
pemuda berusia 29 tahun yang masih bujang. Bapanya dari suku Bugis Sulawesi dan
ibunya adalah wanita Tausug, beliau berniaga di Pasar Filipina bersama ibunya.
Seorang lagi ialah seorang pemuda yang kacak berusia 21 tahun bekerja sebagai
pemandu pelancong di Kota Kinabalu. Beliau baru 3 bulan tinggal di Kota
Kinabalu berasal dan lahir di Semporna dan ibu bapanya berasal dari pula
Tawi-Tawi Filipina dan mengaku sebagai suku Tausug/Suluk dan ibu bapanya masih
berulang alik ke kampong halaman di Tawi-Tawi kerana mengurus dagangan
keluarga.
2
orang lagi ialah pemuda berusia 45 dan 38 tahun mengaku pernah menjadi
pengiring atau pegawai am Datuk Mustapha dan pernah menjadi ketua Pemuda Usno kemudian UMNO dan sekarang masih
aktif mengikut Datuk Aman. Mereka juga dari keturunan Suluk yang lahir di
Filipina tetapi telah berhijrah ke Kota Kinabalu sejak kanak-kanak mengikut ibu
bapa dan masih mengingat bersekolah rendah di darjah 1 di Tanjung Aru Kota
Kinabalu. Ketika ini bekerja sebagai pengurus hotel dan pengurus logistic milik mentor mereka iaitu tokoh politik tempatan Kota
Kinabalu.
Akhir
sekali ialah seorang pemuda berusia 47
tahun berasal dari Kepulauan Palawan Filipina dan isterinya dari suku Kadazan
Sabah. Beliau bekerja sebagai pengurus 12 buah Homestay milik bersama dengan seorang
ustaz yang pernah berkhidmat sebagai guru ijazah dan akhirnya sebagai pengetua
SMK Jeselton Kota Kinabalu. Kini telah bersara dan menetap di Alor Setar Kedah.
Apa yang menarik ialah beliau merupakan Ketua PAS di sebuah daerah di Kota
Kinabalu dan sedang aktif bersama PKR dalam PR di Sabah.
Kesimpulan
maklumat dari mereka ialah kesilapan tafsir perjanjian atau aku janji sama ada
dari PR mahupun AMNOBN. Walau bagaimanapun mereka menganggap jalang peristiwa
yang terkeluar dari skrip Lahad Datu adalah apabila pemimpin AMNO tempatan
mengambil kesempatan untuk membolot harta kekayaan yang dilihatnya ada peluang
setelah mendapat banyak maklumat kelemahan pentadbiran rasmi kerajaan AMNOBN di
Semporna,Sabah terutamanya di daerah-daerah sepanjang pantai timur Sabah dari
Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, hingga ke Tawau. Semua mereka adalah penduduk
atau rakyat sah Malaysia yang mempunyai kad pengenalan. Mereka telah lama
bermaustautin sehingga ada yang telah 40 tahun tetapi asal usul mereka ialah
rakyat Filipina dan kesemuanya beragama Islam.
Pemuda
Bugis menjelaskan bahawa beliau dan suku
sakatnya yang ada darah Bugis tidak mahu campur dengan pemuda Filifina kerana
pemikiran yang berlainan dari segi cita-cita untuk kembali ke kampong asal
(Filipina) atau menetap bebas dan menguasai politik Sabah kerana kesedaran
majority keturunan Suluk dengan penduduk
pribumi terutamanya suku Kadazan.
Di
Sandakan, 2 pemimpin sekutu AMNOBN
(partinya tempatan) menceritakan pelbagai kemudahan dan kesenangan
diperolehinya melalui politik. Beliau mengaku sebagai PATI pada suatu hari
dulu. Dengan sedikit pelajaran dan kemahiran berbahasa Inggeris, mereka berjaya
dan terpilih mengetuai suku dan masyarakat tempatan yang kesemuanya adalah
bekas-bekas PATI yang diberi kad pengenalan secara mudah. Semua pemimpin PATI
yang diberi kad pengenalan secara mudah bertanggongjawab mengawal dan
memastikan kecenderungan politik masyarakat supaya menyokong dan mendokong
kerajaan AMNOBN. Rata-rata mereka mengaku telah berjaya tetapi mereka tidak
menghalang sesiapa yang hendak balik mahupun berziarah sanak saudara di
Filipina secara berkala mahupun kerap dalam sebulan. Kebiasaannya mereka pergi
berulang alik secara bebas tanpa dokumen perjalanan.
Bolehlah
dikatakan Peristiwa Lahad Datu tidak dapat restu atau tidak dipersetujui oleh
masyarakat Filipina yang telah menjadi
rakyat Malaysia melalui pemberian kad pengenalan secara mudah. Meskipun
pemimpin mereka menggunakan nama AMNOBN dan Kesultanan Sulu yang sebenarnya
telah tidak wujud, mereka yakin mereka cuba ditipu dan dipengaruhi oleh ketua
AMNOBN dari kalangan mereka untuk menggunakan perkhidmatan mereka demi
kepentingan diri sendiri. Yang mana diri berasa dekat dengan tokoh berkenaan
tetapi tidak menyetujui perancangan beliau, ada yang telah keluar dari kampong
dengan alasan pergi berniaga atau menziarahi saudara mara di kota atau Bandar
berdekatan seperti Kota Kinabalu, Kudat, Marudu, Sandakan dan seabagainya.
Semua yang Tun Sheikh temui kecuali
pemuda berusia 21 tahun mengaku bekas PATI dan mempunyai pengalaman
memperolehi kad pengenalan dengan mudah melalui projek khas dan rahsia kerajaan
AMNOBN. Kalau ini adalah hasil daripada suatu perbuatan pengkhianat maka
sahihlah bahawa AMNOBN lah sipengkhianat dan jalang di sebalik kesedihan
keluarga dan rakyat Negara kita terhadap perwira yang telah terkorban.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kuala Lumpur 10.4.2013
0 comments:
Post a Comment