Siapa Yang Menolak Untuk Hidup Senang Jika Undi AMNOBN Walau Secara Haram Atau Terpaksa

Siapa Yang Menolak Untuk Hidup  Senang Jika Undi  AMNOBN Walau Secara Haram Atau Terpaksa

Ketika Tun Sheikh bertandang selama seminggu di Kota Kinabalu dan Sandakan pada musim cuti sekolah bulan Mac lalu, antara maklumat dan berita yang didengar di kalangan penduduk tempatan ialah janji-janji tiket penerbangan percuma dan pekerjaan dan tempat tinggal yang sesuai kepada muda mudi dan juga bagi yang masih kuat bekerja dengan syarat boleh membaca dan mengira dan telah layak mengundi yang akan didaftarkan di tempat  yang telah ditetapkan dengan alasan ia berhampiran dengan tempat bekerja dan kediaman yang ditawarkan di Semenanjung. 

  Tawaran ini di sebarkan oleh agen-agen parti kerajaan bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Sarawak. Program ini mendapat sambutan yang baik dan kelihatan murni kerana menjadi salah satu daripada usaha asimilasi penduduk disamping memberi peluang penambahbaikan ekonomi dan pendedahan status social serta berupaya merapatkan jurang hubungan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Sekiranya anda berkesempatan ke Johor Bahru dan berminat untuk mengetahui keadaan hidup orang Sarawak atau Sabah, anda boleh sahaja bertanya  arah kepada penduduk tempatan dimana letaknya perkampungan setingan mereka di Perling atau Permas Jaya. Malah di kawasan Kampung Melayu Larkin dan Majidee terdapat pasar minggu atau pasar pagi yang khusus diusahakan oleh orang Sabah dan Sarawak dan barang-barang yang dijual juga adalah begitu unik kerana berkaitan dengan budaya kehidupan suku mereka. Kita harus berbangga kerana inilah salah satu keunikan Malaysia yang terdiri dari pelbagai suku bangsa dengan pelbagai keunikan kebudayaan.

Sayang sekali nasib dan kebajikan mereka seperti tidak dipedulikan oleh kerajaan AMNOBN. Mereka terabai  kerana kedatangan mereka  dari inisiatif sendiri untuk memperbaiki kehidupan mereka yang susah dan sempit . Mereka didapati datang dan menetap di Johor Bahru setelah gagal mendapat pekerjaan di Singapura yang dijanjikan kepada mereka oleh agen-agen pekerjaan Singapura.  Mereka dianggap oleh kerajaan AMNOBN dan penduduk Semenanjung  hanya menjadikan Johor Bahru sebagai tempat transit sementara menunggu peluang pekerjaan yang sesuai dengan mereka yang bermodalkan tulang empat kerat dan  syarat minima mesti boleh membaca dan mengira.

Adalah dianggarkan terdapat seramai 70,000 orang berada di Johor Bahru tetapi tidak diuar-uarkan kerana keadaan mereka boleh mencemarkan nama baik dan prestasi kerajaan Negeri Johor yang sentiasa diretorikkan sebagai diantara negeri termaju AMNOBN. Sebenarnya jika dibanci dengan teliti dengan mengambil kira mereka adalah warganegara Malaysia dan harus dilayan tanpa prejudis maka adalah dianggarkan jumlah mereka adalah lebih dari 70,000 dan jika diambil jumlah yang telah ke Singapura dan yang telah keluar dari Johor ke Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain adalah tidak mustahil boleh mencapai 300,000 – 500,000 orang.

Jumlah mereka yang ramai boleh dilihat pada musim cuti raya besar seperti Raya Puasa dan Raya Tahun Baru Cina apabila mereka balik kampung tetapi tidak balik Sabah atau Sarawak kecuali  Johor Bahru tempat mereka mendarat dan berkumpul bernostalgia dan bertemu semula sanak saudara dan sahabat handai. Mereka adalah sebahagian warganegara yang terbiar dan terabai dan keadaan kehidupan dan empat tinggal mereka adalah sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan PATI di Negara ini.

Apa yang pasti ialah kebanyakan mereka yang tidak dapat bekerja di Singapura atau di luar Negara yang dijanjikan terpaksa mencari pekerjaan sendiri untuk menjamin sesuap nasi. Oleh kerana mereka tidak memiliki kelulusan tinggi maka sector perburuhan pembinaan,  pembantu kedai, bengkel dan menjadi buruh kilang dipenuhi  oleh mereka. Mereka mudah dikenali dengan melihat tatu yang ada di badan mereka dan bagi kaum wanita tampang dan wajah mereka seperti orang Kemboja atau Vietnam tetapi berbahasa dialek Indonesia dan agak pendiam atau tidak peramah. Ini mungkin kerana mereka bukan beragama Islam dan terasa terasing dengan masyarakat tempatan. Adalah amat dikesalkan kerana nasib mereka tidak dibela oleh pemimpin AMNOBN. Mereka sering didiskriminasi oleh majikan dengan kerja yang berat dan upah yang murah.

Bila  musim Pilihanraya 13 , terdengar pula kedatangan berpuluh ribu mereka yang dijanjikan pekerjaan   sengaja dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak secara senyap. Beberapa ratus yang terpilih yang sedang bekerja di Semenanjung pula diberi tiket penerbangan percuma untuk balik mengundi dan diuar-uarkan. Pada dasarnya aktiviti atau program yang kelihatan sistematis ini adalah begitu positif. Tetapi agak menghairankan kerana berpuluh ribu masyarakat Sabah dan Sarawak di Johor terus terabai. Tetapi pada waktu yang sama berpuluh ribu dibawa masuk dengan pakej penerbangan khas dan percuma.

Dari tinjauan dan maklumat yang Tun Sheikh dapati, rupa-rupanya mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengundi bagi memenangkan AMNOBN di Perak, Wilayah Persekutuan  dan Selangor. Secara perundangan mereka adalah pengundi yang sah. Mereka adalah warga Negara dan anak watan. Tempat mendaftar mengundi mereka tidak boleh dipersoalkan.  Maka yakinlah Tun Sheikh mengapa AMNOBN sejak awal-awal lagi begitu sombong dan angkuh mengatakan bahawa mereka akan menguasai Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak. Maklumat awal yang Tun Sheikh curiga mengenai pendaratan-pendaratan pesawat khas yang membawa mereka dari Sabah dan Sarawak kini terjawab dan adalah benar. Mereka akan mengundi AMNOBN yang telah menjanjikan pekerjaan dan kediaman malah mereka disogok dengan impian akan hidup senang dan perancangan AMNOBN ini tidaklah salah dari segi perundangan.

Tun Sheikh dengan ini menyeru agar jentera piliharaya yang inginkan kemurnian dan bersih dalam proses pilihanraya terutamanya Pakatan Rakyat agar peka dan semakin kuat berusaha. Kena banyak-banyak berdoa dan ikhlas bekerja menyumbang tenaga dan sebagainya. Berdoa dan berusaha berkempen supaya mereka mengundi Pakatan Rakyat walau mereka diikat oleh AMNOBN. Jentera pilihanraya yang kena mengganda-gandakan  kerja secara intensif, aktif dan proaktif pula ialah yang di Sabah dan Sarawak kerana tempat yang ditinggalkan oleh anak-anak watan ini akan digantikan oleh PATI pemeggang kad pengenalan yang diberi mudah. Ini sengaja dirancang kerana masyarakat Sabah dan Sarawak dianggap tidak peka dan sensitive terhadap perancangan intelektual ini kerana taraf keintelektualan mereka dianggap masih jauh ketinggalan. Kita tidak perlu  cemas dan menakut-nakutkan mereka. Ini adalah kerana kita kearah membina Negara berkebajikan. Lagipun mereka tidak boleh diusir lagi kerana mereka juga secara perundangan adalah warganegara kita.

 Apa yang boleh kita lakukan adalah mengajak mereka menyebelahi kita, mengundi Pakatan Rakyat dan melepaskan diri mereka dari sumpah dan janji yang membelit lehir mereka dari kejahatan dan keburukan kerajaan AMNOBN yang korup.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Pagoh Muar 3.5.2013

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Kontemporari
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere